SEPINTAS Olahraga (Laos Sea Games)

Acara pada 13 – 17 Dis. 2009 bertempat di Main Stadium, National Sports Complex, Vientiane. Keputusan penuh acara dipertandingkan sila klik KEPUTUSAN OLAHRAGA

Malaysia menduduki tangga ke 5 dengan 6 emas, 6 perak dan 4 gangsa. Ingatkah kita di suatu masa dulu kita sentiasa menduduki tangga atas sekali dlm jumlah pungutan pingat. KOAM – apakah yang perlu dilakukan atau biarkan saja kita akan terus merundum di Jakarta pada tahun 2011. Heran sungguh heran, dimanakah pergi athlete berbakat atau program tunas muda yang dibuat sekitar awal 90 an dulu yang mana sepatutnya sekarang emas patut dituai?. Lagi menambah wa punya konfius ialah tarak runner menyertai dlm acara 5,000m, 10,000m dan marathon. Pengamatan wa dlm join society run di sekitar KL, sebenarnya memang ramai yang berbakat tetapi mereka tidak diberi peluang. Athlete yang menjanjikan prospek emas dan had masa kelayakan sahaja dihantar tetapi mereka ini pun kecundang juga. Contohnya 100m lelaki, penyertaan Mohd Noor Imran hanya menduduki tempat ke 6 dgn masa 10.71 saat. Peserta Indonesia, Suryo Agung Wibowo memenangi acara ini dgn catatan masa bergaya dan satu rekod baru kejohanana iaitu 10.17 saat.

Enam pingat emas kontingen Malaysia dari Mohd. Zafril Zislaini (400m catatan masa 47.17 saat) penantian setelah 12 tahun era Ramzi Bakar, Tan Song Hwa (baling tukul Besi wanita jarak 56.41 m). Noraseela Khalid (400m lari berpagar – 56.99s), Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita – 4.15m), Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki – 2.18m) dan Teoh Boon Lim (20km jalan kaki lelaki – 1.31.28). Tahniah syabas kpd penyumbang emas untuk negara. Tidak ketinggalan kpd perak dan gangsa. Tabik spring juga  kpd Mohd Jironi Riduan (dua perak dlm 800m – 1.50.68s dan 1500m – 3:47.34) hanya sedikit sahaja memisahkan dari peserta Vietnam. Anda hebat. Yuan Yufang jika tidak terhamil mungkin boleh menambah kilauan emas dlm acara jlan kaki. Apa kata kalau dijemput  long distance runners dari  Kenya mengisi slot acara ini dgn menjadi kerakyatan negara kita. Pilih yang elit cikit bro. Kalu KOAM tidak mahu berusaha ke arah itu – aku ajelah yang jemput dia org untuk bantu bebudak chap ayam betulkan teknik larian meke. Waima jangan terperasan bagus kerana taraf  Sukan Sea amat rendah pencapaiannya jika dibandingkan dengan Sukan Asia, Komenwal dan Olimpik.

Ha ha ha sayangnya stesen TV sini, langsung tidak menyiarkan rakaman aksi mereka. Kita tidak dapat menyaksikan Jironi kena pintas di finishing line oleh Nguen Dinh Cuong (Vietnam) dlm acara rempit 1500m misalnya. Program realiti yang bagi keuntungan dan merosak minda remaja makin hari makin canggih…siaran sukan hancusss, nasib baik ada tenet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: