BELUM KELUAR LAGI…SOK KELUAR

Keputusan peperiksaan PMR akan keluar pada hari esok, Khamis 24/12/2009 dan kelihatan anak wa (Nurul Hidayah) kelihatan gelisah dan gabra menunggu penyerahan slip periksa dari cikgunya. Calon-calon yang berkenaan tu boleh la bersedia di sekolah awal-awal pagi lagi sebab keputusan PMR tersebut akan boleh didapati seawal jam 10 pagi. Maklumat tentang tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan minggu lepas. Tahun ni, seramai 475,182 calon mendaftar untuk peperiksaan PMR. Apa pun keputusan nya aku beserah je kepada Tuhan yang maha esa. Istimewa malam kemarin Tok Wan, Tok dan Neneknya telah datang ke KL untuk berkunjung kerumah anak2nya sambil nanti boleh melihat keputusan peperiksaan cucunya. Malam kedatangannya di rumah Ahmad Luqman kami berkumpul berbual kunjung mengunjungi sambil makan malam. Banyak juga lauk-pauk terhidang di antara menu special sama terhidang masa balik kampung ialah sambal ikan keli, ikan cencaru sumbat kelapa, sup sayor, sambal asam, ulam petai dan pucuk paku, satay perut, satay ayam, kuih seri muka, sambal tahu + fishball dan ada sejenis dua yang wa dah lupe. Semua masak join dari tiga keluarga….memang best….ha ha ha walau apa pun esok keputusan exam PMR anak wa akan keluar, ambik cuti hantar dia gi cekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: