CHAP AYAM RUNNERS PUN ISLAM JUGAK

Mereka bergelar  “Islam Runner” telah memberi satu salinan aduan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai protes waktu larian bermula jam 5.30 pagi  (2010 3ok GE Run) anjuran kelab Pacesetters kedalam posts bertajuk ekspedisi Gunung Nuang di dalam blog Chap Ayam Runners. Pada mulanya mereka telah menghantar aduan tersebut kepada Presiden Pacesetters (En. Rustam Affandi) bersama nota ingin lagi mewar-warkan kepada akhbar kerana permulaan larian 30k itu menghalang umat bersolat suboh. Selepas itu En. Rustam ada menghubungi saya tentang perkara itu dan berbual mengenai perkara tersebut serta menerangkan sebab musabab mengapa acara itu harus dimulakan pada pukul 5.30 pagi. Sebab yang paling utama ialah laluan runners di Jalan Duta berdekatan dengan Terminal Bas boleh menghalang pergerakan bas. Penumpang pula akan terganggu waktu perjalanan mereka serta mereka harus patuh atas nasihat Polis Trafik. Events ini juga melibatkan acara 20k serta 10k yang permulaannya bermula pada jam 6.30 pagi. Selepas itu saya terus menghubungi kawan2 di dalam CARs mengenai perkara ini dan boleh mendapat feed back untuk keputusan bersama. Mereka tiada halangan mengenai perkara ini kerana kalau azan berkumandang mereka boleh singgah sahaja di Masjid Wilayah Persekutuan untuk bersolat atau berhenti sekejab dimana2 untuk bersolat. Lagi pun acara yang ingin kita join bergantung kepada kerelaan individu bukannya paksaan. Kalau rasa acara itu menghalang kita dari bersolat sertai sahaja acara 20k dan 10k atau jangan join langsung.

Aduan tersebut di insert kan ke dalam blog CARs adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan CARs dan beranggapan boleh join bersama untuk memprotes perkara tersebut. Malangnya aduan ini tidak dilayan oleh ahli2 CARs malah telah berlaku perbalahan, tuduh menuduh dan cabar-mencabar diantara satu sama lain sehingga komen hari semalam mencecah hampir 92 posts di bawah tajuk posts Gunung Nuang. Sepatutnya bincang dahulu baru gi ngadu. Beginilah bahana blog, Kerajaan BN pun telah menerima padahnya kalau ianya digunakan dengan cara tidak berhemah dan hanya mengikut emosi. Segera sahaja saya memberitahu bahawa perkara itu harus dihentikan dan meminta Setiausaha dan pengedali blog mendeletekan sahaja perkara yang tidak berkaitan dengan Gunung Nuang. Saudara Rustam juga bersetuju dengan perkara ini kerana CARs bukan penganjur larian ini dan mengapa harus ribut2 di dalamnya. Kalau mahu ribut2 gilah ke Blog pacesetters itu.

Saya cuba menghubungi “islam runners” untuk bertanya dari hati ke hati mengenai perkara ini tapi talipon no reply. Sebenarnya umat islam harus bersatu hati memberi motivasi kepada semua mempertingkat kecergasan dan minda supaya lebih sihat dan boleh beribadat dengan tenang serta sempurna. Kenapa harus melayan benda yang remeh dan temeh ini. Bangsa lain akan tersenyum membaca perkara ini sedangkan mereka ramai dan terus ramai join acara maraton dan larian ini. Umat Islam dan Bangsa Melayu boleh dihitung dengan jari jumlahnya. Permainan sukan taraf tinggi peringkat antarabangsa misalnya sememangnya pun tidak langsung mengira masuk waktu solat. Kenapa ini berlaku? Kerana semuanya dikuasai oleh orang yang bukan  islam. Itu sahaja. Umat Islam pula mengkonfiuskan lagi kepada mereka yang ingin menyertai acara  sukan seperti ini dengan menjadikan waktu ibadat sebagai halangan. Sabilillah di era globalisasi mesti dilaksanakan segera dengan membuang benda yang remeh temeh di dalam benak fikiran masing2. Kecintaan kita kepada yang maha esa hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya selera…nak makan bayam ke kangkung ke KFC ke McD ke Doli Char Keow Teu ke ape ke lu suka.

Semasa wa mecatuk keybord ni jam sudah pukul tiga pagi, adinda masih belum tidor2 lagi. Disebabkan perbalahan isu ketuhanan ini di bawah posts ekspedisi Gunung Nuang, saya menasihati kengkawan yang ingin naik ke atas berhati2 lah, jaga diri, tingkatkan keyakinan kepada Allah yang maha esa, zikirullah dan jangan membuat perkara2 yang bertentangan. Nikmatilah keindahan alam semulajadi dengan ceria bersama Gunung Nuang. Ha ha ha wa sekali pun belum pergi, nak join takut sakit lutut ngan pinggang kang tak leh pulak nak run 1 mile dash, PMNR dan 1 M’sia run pada minggu depan. Meh layan you tube P.Ramlee pukul tiga pagi (madu tiga)

One Response to “CHAP AYAM RUNNERS PUN ISLAM JUGAK”

  1. diket (car57) Says:

    syabas bro. ini yang kita mahu. teruskan perjuangan bersukan, khasnya berlari & terus kita mendekati Allah yang Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: