KELUHAN TUN MAHATHIR (MIG-29)

1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri “source code” yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baik pulih pesawat ini.

gambar atas MIG-29, bawah F/A-18

Petikan daripada bumiyang.blogspot

Adakah sesuatu yang logik bila kita mengatakan penyelenggaraan jet-jet MIG 29 yang berumur 10-12 tahun ini lebih mahal berbanding jet F5E/F5F yang telah berumur 40 tahun ? Nak servis enjin-enjin Jet F5E/F5F pun hantar balik ke US juga…..Kos US lagi murah ke? Spare part barang yang dah berumur 40 tahun, senang ke nak cari?

Jika kerajaan masih bertegas mahu membersarakanya, alangkah bagus jika penulis mampu membelinya dan menyimpannya di rumah. Mana tahu jika berlaku perperangan, penulis dapat menggunakannya untuk membantu mempertahankan negara….:)

Macam yang penulis katakan di dalam posting-posting yang terdahulu, MIG 29 masih di antara 10 jet pejuang terbaik dunia. Malah lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan F18 Hornet dan Sukhoi SU 30MKM.

Ha ha ha wa tak tahu bawak…tenggek kat kepak dia boleh la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: