PENEMUAN

Lukisan gitar kecil Picasso ditemui dalam kotak kasut di Itali

ROME: Gitar kayu kecil hasil kerja tangan Pablo Picasso untuk anak perempuannya, Paloma ditemui dalam satu kotak kasut di apartmen milik ahli perniagaan Itali di Pomezia dekat sini.

Artis Sepanyol itu memberikan replika yang dikenali “little guitar” (gitar kecil) yang dihasilkan menerusi warna kuning, kelabu dan hitam kepada rakannya, artis Itali, Giuseppe Vittorio Parisi.

Parisi pada usia 92 tahun yakin sudah menyerahkan lukisan berkenaan kepada ahli perniagaan Itali dan artis amatur yang berjanji untuk menyimpannya di dalam bekas kaca bagi memeliharanya.

Tetapi sejak Picasso menghasilkan lukisan itu, ia tidak pernah kelihatan.

Selepas kematian Parisi awal tahun ini, balunya, Wanda meminta polis untuk mencari lukisan terkenal berkenaan.

Penyiasat akhirnya menemui lukisan berkenaan di apartmen ahli perniagaan yang diberikan kepercayaan oleh Parisi.

Little Gitar kini ditempatkan di muzium seni kontemporari di Maccagno, tempat kelahiran pemiliknya yang bertempat di Tasik Maggiore, Utara Itali. – AFP

Picasso ni lahir pada 25 Okober 1881 di Malaga, Spain dan meninggal dunia pada 8 April 1973 di Mougins, France. Pelukis hebat menghasilkan beribu2 hasil seni termasuk catan dan arca yang telah mendahului zamannya dari segi komposisi style dan bentuk. Ungkapan ayat terakhir sebelum kematiannya berbunyi  “Drink to me, drink to my health, you know I can’t drink any more.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: