DUBAI (Burj Khalifa)

Burj Dubai – dibuka dengan rasminya malam tadi dengan ketinggian 828 meter (2,717) di tengah padang pasir Dubai. Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun malam tadi mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.

Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

“Hari ini UAE berjaya memiliki bangunan tertinggi di dunia yang dihasilkan tangan-tangan manusia dengan belanja AS1.5 bilion itu.

Dubai berharap Burj Khalifa akan mengembalikan semula kegemilangan ekonomi dan kewangan negarai itu yang tercalar akibat kemelut hutang, baru-baru ini.

Setiap masa tingkat baru akan ditambah hampir setiap tiga hari, menunjukkan Dubai terus membentuk keadaannya sejak beberapa tahun dari sebuah padang pasir kepada sebuah kosmopolitan urban gergasi yang dipenuhi pencakar langit.

Sehingga Januari 2007, beribu-ribu pekerja yang kebanyakan mereka dibawa secara kontrak sementara dari India menyiapkan 100 tingkat bangunan terbabit.

Bangunan lengkap mengandungi lebih 160 tingkat. Ia melebihi 50 tingkat berbanding Menara Willis di Chicago, bangunan yang pernah memegang rekod paling tinggi yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai Sears Towers.

APA YANG SEDANG TERJADI DI DUBAI SEKARANG

Damac Properties di Dubai telah gagal membayar EPF dan tidak memberi apa-apa ganjaran kepada semua pekerja yang di buang.
– international herald tribune
Sekarang ini setiap hari 1500 permit kerja di batalkan.
– the australian
Syarikat Pembinaa Nakheel telah membuang 500 pekerja, Damac membuang 200 pekerja dan Al-Shafar membuang 1000 pekerja.
– the hurriyet
Lebih dari 80 buah kereta mahal mahal telah ditinggalkan di Dubai International Airport. Tuan empunya kereta lari mungkin kerana tidak sanggup membayar sewa beli rumah, pinjaman bank, telah dibuang kerja
– khaleej times

kenapa berita dubai ini penting?
Ini kerana ianya akan memporak peranda ekonomi dunia kapitalis.
Ekonomi dunia kapitalis sedang senak dan nazak, Dubai World – taiko utama di Dubai – perlu membayar 3.5 bilion dolar Islamic Bond pada bulan Disember lepas.

berita disunting dari Berita Harian dan Tukar Tiub Blogspot

One Response to “DUBAI (Burj Khalifa)”

  1. yogie Says:

    uhh…dubai emang keren banget dalam bidang infrastruktur…..
    like this your blog…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: