LARI PEGANG TOWEL

Tajuk event hari ni namanya 30k new balance pacesetters run merangkumi  3 kumpulan jarak iaitu 10k, 20k dan 30k. Jarak yang wa join semestinya yang paling pendek iaitu 10k dan bermula kul 7.00 pagi tetapi wa sampai kul 7.15 pagi bermakna terlewat 15 minit. Dalam keadaan tergesa2 menukar pakaian, wa mula kan run dengan suasana aman tenang dengan tujuan utama hanya untuk keluar peluh dan menghirup oksigen pagi di sekitar Padang Merbok dan Bkt Tunku. Tiada sesak giler semasa di starting line – sungguh aman damai tiada tekanan langsung. Tali kasut pun wa kasi ikat longgar. Bukan keseorangan  rupa nya aku yang start lambat – ada lebih kurang 10 orang dalam kelompok wa yang mula lambat. Terjumpa wa dengan seorang amoi muda yang sepanjang lariannya – memegang towel di tangan. Sila lihat sketching – yang wa imejin rupa dia.  Namanya pun wa tak tau..lupa nak tanya. Naik bukit turun bukit wa sesama dia sehinggalah dia surrender kpd wa bila sampai Tugu Negara dan ending balik ke Padang Merbok. Apa pasal agaknya lu sangkut towel kat tengkuk? mungkin nak rest tangan kut. Kalu lu tak pegang towel gerenti lu boleh sayor sama wa coz tangan penting for balance dan swing untuk momenton. Endurance, lenggok body dan pace  sudah bagus sebagai runner. Siapa sifu/kengkawan nak bagi tau sama dia supaya jangan sangkut towel lagi? Esok, lusa, minggu depan – no jawapan.

Apa pun tadi – wa sampai dengan masa 58 minit, Naz: 48 minit, Imam: 57 minit dan Kadok: 75 minit. Saja sesuka publish kat FB 4 serangkai dari Chap Ayam – race geli2 yang kesudahannya Naz menang dan Imam dapat second. Long distance runner memerlukan tubuh yang light (kurus sikit) baru ringan nak sliding pace. Tengok pada gambar ni pun dah tau sape yang thin akan champion dan amat jarang body macam wa atau Kadok boleh buat upset.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: