KEHILANGAN SEORANG INTELEKTUAL FILEM

Inilah tulisan tangannya semasa berjumpa dengan Allahyarham di Kedai Kopi Jln Bukit PJ secara tak sengaja. Tiada janji tiada apoinmen bersama beliau dan hanya kebetulan terserempak dengan beliau. Kerana Allayarham mengenaliku dan pernah bekerja bersamanaya di Jabatan Pengajian Melayu sekitar tahun 80an –  90an dulu maka terus sahaja beliau meminta aku membantu mendesign poster untuk pementasan beliau. Tulisan diatas envelope ini akan ku simpan sebagai kenangan beliau bersama ku. Semasa di UM banyak juga perangsang dan teguran yang diberi kepada ku berkaitan dengan grafik design dan art. Juga belaiau amat seronok bila gang UM datang menyaksikan Teater Ronggeng Rokiah di Istana Budaya tidak berapa lama dulu. ” susah tau nak main cahaya dalam mood gelap – kau datang banyak kau dapat idea” katanya kepada ku.

Namun pada 20 Januari, pengkaji dan pensyarah filem terkenal, Dr Anuar Nor Arai pergi menghadap Ilahi.

Di Pusat Perubatan Selangor, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di sisi isterinya, Zahrah Ibrahim serta tiga anaknya iaitu Mazura, 39, Zuraira, 37, dan Ifa Mutiara, 36.

Anuar, 66, mula menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan hari lalu dan meninggal dunia akibat serangan jantung dan kompilasi paru-paru.

Al fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: