World Cup Throphy di Mid Valley

Piala Dunia berukuran 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram diperbuat daripada emas padu 18 karat itu, diterbangkan khas ke ibu kota menggunakan jet sewa khas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam rangka siri Jelajah Piala Dunia-Fifa yang bermula 21 September lalu dan akan sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini. Piala ini menggantikan Jules Rimet Trophy yang telah digunakan dari 1930 hingga 1970. Jules Rimet Trophy ini telah diserahkan kpd pasukan Brazil sebagai penghormatan memenangi World Cup pada tahun 1970 di Mexico dan juga telah memenangi kejuaraan sebanyak tiga kali. Kucupan Pele terhadap Piala ini memang tidak dapat dilupakan. Pele mengakhiri kerjaya bolasepaknya di Amerika Syarikat setelah pasukan Negaranya memenangi acara bolasepak paling berpristij itu.

Rakyat negara ini berpeluang melihat dengan lebih dekat trofi emas itu yang dipamerkan di pusat beli belah Mid Valley, esok (khamis – Jumaat, 28 – 29 Januari 2010) dan orang ramai boleh mendapat pas khas menyaksikan piala ini diperoleh dengan pembelian set hidangan burger Prosperity bersaiz besar. “Untuk peminat bola sepak, mereka berpeluang bergambar dengan trofi ini menggunakan pas khas ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam pada Jumaat ini,” Coca Cola berbangga dengan kerjasama Fifa membawa piala ini ke sini. Kenangan bila mana Maradona mengucup dan mengengam World Cup Throphy ini pada tahun 1986 amat tinggi nilai nostalgiknya. Ingat ya piala baru yang dipamerkan dan bukannya piala lama tu. Kalau nak tengok jugak Piala Jules Remit tu kena gi Brazil laaa….ha ha sana boleh tengok samba dan Pantai Copacabana di Reo de Janeiro…masyallah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: