PIALA DUNIA: NENGOK DARI DEKAT

Kalau dilihat piala ini dari dekat memang jelas ianya amat berharga dengan buatan dari emas padu amat tinggi nilai artistik nya. Tidak heranlah di sesetengah negara, penduduknya menjadikan Piala ini sebagai satu benda yang patut disembah….isssh tu sana kat Amerika Selatan. Hanya yang hebat berbakat dalam satu team yang tersusun rapi sahaj ayang boleh menjulangnya. Tangan2 yang pernah menjulangnya seperti Backenbauer (1974), Mario Kempes (1978), Dino Zoff (1982), Maradona (1986) Ballack (1990), , Romario (1994), Zidane (1998), Ronaldo (2006) dan Cannavaro (2002). Pereka yang menghasilkan piala ini ialah Silvio Gazzaniga (Italy). Memetik kata2 dari President FIFA, Joao Havelange, memegang piala ini seolah-olah: “Aku semakin tua, tetapi piala terus nampak muda sampai bila2”.  Pada tahun ini, 11 Jun – 11 Julai di South Africa. Siapa pulak yang akan menjulangnya?
Piala ini pernah dibawa ke sini pada tahun 2006  – wa tangkap pot pulak nak gi tetapi kali ini wa terpanggil untuk melihat dengan mata kepala wa sendiri hasil rekaan dan sentuhan pereka terkenal iaitu Silvio Gazzaniga. Simbol keamanan dengan dua figura mengangkat atau mendepang tangan penuh kepuasan adalah ciri utama rekaan – di bahagian atas piala pula terserlah sebuah globe mewakili planet bumi mengambarkan negara2 yang mengambil bahagian dlam kejohanan paling berpristij ini. Walau apa pun aku amat menghormati pereka atau designer yang mereka piala ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: