8,000 PELARI TERMASUK AKU

Putrajaya’s inaugural Night Marathon telah berjya mengumpulkan 8,000 pelari daripada 15 negara termasuk Malaysia pada malam minggu yang lalu (6/2/2010). Penyertaan dari Europe, Afrika dan Asia merebut hadiah wang tunai dalam 15 kategori mengikut justifikasi jarak larian atau distance yang diiktiraf oleh Olimpik. Keseluruhan hadiah bernilai RM297,700 yang mana johan kategori lelaki menerima RM20,000 (Alex Melly dari Kenya juara lelaki) manakala Amutha Arumugam dari Malaysia juara wanita. Kalu sesiapa peminat marathon ekstrem nak tahu timing pemenang sila klik disini...jangan disanun.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Isteri dan anak perempuan turut serta dalam acara fun run sejauh 5km. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melakukan flag off pelepasan peserta dengan diiringi muzik band yang sungguh rancak. Acara ini juga sebahagian untuk mempromosikan Putra Jaya sebagai tempat menarik yang patut dikunjungi oleh pelancong. Memang kita ni suka meniru2 – tak mau kalah dengan Singapura coz sana ada formula one malam maka disini  dibuat night maraton pulak…apa ke jadahnya. Tahukah kau wahai menteri larian malam tu tak baik untuk kesihatan kerana kadar oksigen berkurangan, tumbuhan alam sekeliling tak mahu sembur oksigen…yang kuar karbon dioksida tau tak. Maka ramai lah runner2 yang megalami kekejangan otot termasuklah wa yang kena di km 14 (calf hamspring). ekk manyak songeh pulak aku ni…sape soh join….kenapa takdir aku kena renjetan otot? banyak hikmahnya – macam2 dalam wa punyer benak fikiran. Seorang pelari telah meninggal dunia malam tu di hospital Putra Jaya seperti yang dilaporkan oleh marshall bertugas semasa wa lepak2 dgn gang chap ayam di sana. Wa pulang pada jam 1.30 pagi dan sampai rumah terus tak tido sampai suboh kerana jiwa kacau mengenang peristiwa pagi tu. Meminjam kata sahabat wa…umur 44 tahun adalah sempadan garis usia yang perlu diisi dengan bekalan ke alam yang lain. Persoalannya – adakah wa patut berlari2 sampai tahap ini ataupun adakah lebih afdal membuat fardu kifayah dengan lebih tekun lagi ataupun adakah lebih tenang duduk di Studio dengan berus, warna, kanvas dan paper. Paling sepatutnya jog 3-5km setiap pagi amat memadai…tengoklah keadaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: