MASJID KELULI / MASJID PUTRA JAYA

Sabtu, 13 Februari 10, esok masyarakat Cina akan beraya dengan tahun baru “harimau” maka cuti panjang pun bermula iaitu selama 4 hari dan aku menambah sebanyak 2 hari cuti tahunan – jumlah semua 6 hari. Kemana aku  akan mengisi cuti panjang ni. Harap dapatlah aku menyiapkan 2 buah lukisan  untuk tambahan karya aku ke pameran inspirasi cetak di Muzium Seni Asia, UM.

Walau begitu hari ini aku memulakan pengisian cutiku bersama Isteri ke Putra Jaya. Dua puteri ku telah pulang ke kampung mengikut emak saudaranya bertemu Tok dan Nenek nya ke Bagan Serai dan makanya jadilah aku bersama isteri seperti sepasang kekasih diambang pertunangan bersiar2 makan angin sekitar Putra Jaya. Sampai ke sana bershopping di Alamanda, makan2 lepas tu keluar meninjau keindahan PJ dan sempat memandu mengikut route larian Putra Jaya Night Marathon yang aku join minggu lepas iaitu sejauh 21k…..macam mana aku leh run sejauh itu…naik kete pun dah jauh. Maybe dah ramai2 seronok berlari terlupa pulak laluan nya sangat jauh. Tak sedar – betis sampai kena hamspring….padan muka aku.

Minggu lepas aku teringin sangat nak masuk Masjid yang diperbuat daripada 6 ribu tan keluli iaitu Masjid Sultan Al-Mizan (Masjid Keluli) tetapi tak sempat coz flag off on time dan parking pun jauh dari tempat ini. Maka hari ini terus saja aku singgah untuk bersolat asar bersama isteri. Masjid ini dibina untuk menampung bilangan jemaah yang semkin bertambah di PJ. Pada pengamatanku keaslian rekabentuknya tidak setanding dengan Masjid Putra Jaya yang dicetuskan oleh Tun Mahatdir yang jaraknya lebih kurang 2-3km saja dari sini.

Ruang solat utama dikelilingi oleh kolam air menjadikan jemaah bersembahyang seperti disebuah pulau yang bersambungan pula dengan tasek tetapi bagi ku tidak patut arkitek membuat perkara seumpama itu. Bukan lebih baik kolam atau takungan air itu terus dijadikan ruangan solat dan jemaah serta orang ramai boleh meninjau ke bawah seperti ditebingan tinggi menyaksikan keindahan tasek dari pandangan atas. Wa frust kolam ini menghalang perasaanku untuk lepak2 ditebingan. Betapa enaknya kalau ku dapat bersolat dan berehat di kawasan itu sambil tiupan angin menghembos diriku. Masjid ini hilang sentuhan kreativiti pereka tempatan kerana banyak sangat unsur peniruan berlaku, seperti Istana purba al hambra, Masjid al-Aqsa, Stadium Barnabeu, Real Madrid.

Sorry la, wa memang suka pada yang original dan sangat mementingkan idea yang mavelos dari sudut ktrativiti. Kenapa wa rasa ada satu macam yang tak ummphh dalam pembinaaan masjid ini?….tak tau mengapa. Kemungkinankah Pak Lah inginkan masjid yang lebih hebat dari Masjid Putera Jaya yang tak berapa jauh dari sini. Persoalannya – kenapa perlu menghabiskan duit rm180 juta membina masjid ini? Bukankah ada lebih baik kita mebinanya mengikut keperluaan dan keselesaan sahaja dan biarkan Masjid Putera Jaya era Tun Mahadthir tu sebagai ikon atau mercu tanda tradisi melayu dan keislaman sejati yang baik kreativiti binaannya. Semasa ini tempat solat wanita tidak disediakan membuatkan isteriku mencari mengelilingi masjid dan tidak berjumpa. Rupanya jemaah wanita bersolat hanya dikepung dengan bidai kayu di ruangan solat utama hanya berberapa meter persegi sahaja. Tak tau la mengapa boleh jadi cam gini…….harap esok lusa akan adalah ruang solat untuk muslimat. Semoga warga PJ dapat memunafaatkan dua buah masjid ini dengan pengisian tauhid dan iradat dengan khusyuk dan tawaduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: