ANAK RAZAK KAHWIN

Abdul Razak Rahman adalah juruteknik di Fakulti Pergigian UM dan seorang wa punyer sahabat la. Beliau telah menjemput wa datang ke kenduri perkahwinan anaknya bertempat di Dewan Pangsapuri Bukit Baru, Jalan Keramat KL iaitu rumah pengantin perempuan pada hari semalam (Ahad, 14 Feb. 2010).  Anaknya bernama Abdul latiff seorang Jurutera Petronas telah kehilangan ibu tercinta pada bulan lepas akibat penyakit diabetis. Kembalinya ibu tercinta kerahmutullah membuat kan kenduri tidak diadakan di rumah pengantin lelaki. Kesedihan beliau sekeluarga amat aku rasai bersama. Walaupun begitu aku datang dengan baju kaler merah konon macam mood gong hi fat chai dan sempat bergambar dengan Razak- leh tahan jugak baju baru aku ni, nak tahu jenisnya? hush puppies, brapa hinggit – x mau cakaplah. Ingatkan tak cantik, bila nengok gambo cam best pulak. Meriah sungguh majlis hari itu dan yang paling best ialah persembahan tarian acheh. Hidangan ada kuah gulai nangka dan ayam goreng garing seta lain2 termasuk tapai ubi. Ekkk lupa, nama pengantin perempuan ialah Lidyawatie bt Hanusi. Kenderaan datang ke mari ialah dengan meumpang kete Saad dengan dia memandu kete B&W kepunyaannya…pehhh dasyat, baik punyer celok dia. Baru wa tahu nikmat naik kete tu, patut la oghang gila talak nak membelinya. Hj. Samsudin juga bersama satu kete. Wa dok depan jadi co-pilot takut sesat. Saad sedang bercuti sabatikal di Melbourne dan pulang ke sini seketika coz ada urusan rasmi manakala Hj. Samsudin sedang menikmati hari persaraan dengan keluarga. Meke berdua selalu melakukan aktiviti scuba diving….wa tak join la beb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: