KUNYAH POPCORN NENGOK AVATAR

Tahukah anda yang cite ni telah ku tonton di GSC, One Utama. Tahukah anda bahawa anak wa beli sampai dua large popcorn. Semua yang bersangkutan dengan aku adalah tak penting dan yang paling sahih dan bersuloh ialah maklumat ini:

Avatar yang dibuat pada tahun 2009 merupakan sebuah filem epik American science fiction. Siapakah mamat yang jadi pengarah atau teraju utama seperti yang ditulis di kerusi P. Ramlee dalam filem ini? Jawapannya ialah James Cameron. Siapakah dia pemegang watak utama? (yang penting bukan Saloma coz dia dah meninggal dunia pada 1983)  Jawapanya ialah Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Stephen Lang. Kisah kejadian di tahun 2154 (144 tahun dari sekarang) dimana manusia mencari atau melombong logam yang bernama unobtanium di palanet Pandora di jajahan Alpha Centauri – ha ha nak gi bulan pun terhegeh2, ada hati nak menceroboh planet makhluk asing. Ada logik ke atau terbayang dek akal, kisah kena sampuk2 bomoh jembalang yang telah direalisasikan dalam sains moden. Kisah hestria atau sampok menyampok ni memang banyak ada kat sini. Demi untuk menngambil galian di planet itu gang manusia ni menyerapkan diri mereka kedalam rupa tubuh makaluk kat sana. Komputer generated dapat melakukan nya dengan amat berkesan sekali. Alkisah spesis sentienthumanoid yang diserap masuk ke dalam tubuh kaum nativ Pandora adalah manusia yang baik maka terjadilah kisah yang best lebih kurang 3 jam wa nengoknya.

Perancangan buat Avatar ini bermula dari tahun 1994, tetapi disebabkan Cameron mendapat kontrak membuat Tictanic pada tahun 1997 maka niat nya tidak dapat dilaksanakan. Cameron cuba untuk mereliasikan Avatar pada tahun 1999 namun teknologi vision dimasa itu belum membolehkan dia melakukan mengikut inovasinya. Walau begitu – bermula pada musim panas tahun 2005  filem ini mula dilaksanakan dari sudut perancangan dan teknikal pembentukan kumpulan pakar animasi.

Avatar menggunakan budget produksi antara US$280 million hingga $310 juta, dan $150 untuk promosi. Penontun juga telah disajikan  dengan 3-D (RealD 3D, Dolby 3D, XpanD 3D and IMAX 3D format) dan 4-D. Untuk penghasialan ini kaedah digunakan ialah (3D viewing andstereoscopic filmmaking) iaiatu format filem dengan kamera berlainan dari tradisi 2D seperti yang lalu.

Tayangan perdana Avatar bermula di London pada 10 December 2009 dan seterusnya telah berjaya memecahkan rekod box office filem Tictanic iaiatu melebihi US2 billion. Menerima 9 pencalonan academy award pada bulan Mac ini termasuk Best Picture dan Best Director. Begitu kisah serba ringkas tentang filem hebat alaf baru ini dimana teknologi komputer yang datang membadai telah tidak dapat dibendung lagi. Wa hanya kagum sahaja – kepada pelajar2 jurusan filem animasi……kalau boleh ambik iktibar dari kehebatan filem ini, jangan dok melopong nengok aje…takut nyamok masuk mulut – nak sumbat popcorn, gagau bekas dah abis….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: