PELUKIS DAN BIG BIKE

Petang tadi bertemuku secara tidak sengaja dengan seorang pelukis jalanan di pinggiran Pertama Complex. Terus saja kuberi salam dan berborak ringkas dengannya. Minat yang sama jadinya – aku cepat sahaja menjadi mesra denganya. Namanya M. Rofi. Orangnya kurus menaiki motor besar untuk sampai ke sini untuk melukis potret sebagai mencari rezeki harian. Berasal dari Kelantan dan mula melukis di KL sejak 7 tahun yang lalu. Agaknya dengan pulangan yang lumayan dia menaiki motor besar sejak 7 bulan yang lalu. Inilah pertama kali ku berjumpa pelukis jalanan menaiki big bike, rasa bangga hatiku kerana pelukis tidak membiarkan dirinya semacam kutu jalanan. Teringat pesanan Dr. Ismail Dollah masa di USM dulu yang berkata: Pelukis mesti mahu smart jangan terikut2 macam stail kutu jalalan rambut panjang serta pakaian sememeh kerana pakaian tu melambangkaan peribadi dan kebersihan. Apa salahnya kita melukis berpakaian segak seperti pegawai bank dengan kemeja tight in dan celana kemas. Kebiasaan pelukis hanya mengutamakan work sahaja mesti di reform kan. Walau apa pun aku respect kepada En. M. Rofi kerana naik motor besar dan senang nak gi jauh2 dari station ke station…pekan ke pekan…bandar ke bandar. Mungkinkah aku akan menjadi seperti M. Rofi di suatu masa nanti. Semoga aku akan datang lagi kesitu dan harap lu email berita kepada wa. Kalau lu tak send email buat penat je lu salin wa punyer addrees tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: