CUCUK

Lenkali (lain-lain kali)….cucuk dia. Perkataan cucuk kepada  para runners memang lama sudah digunakan tapi baru tahun ni aku terima pakai. Macam best pulak pakai perkataan ini. Suka wa terangkan penggunaan ayat nya bersama contoh:  “Jasni telah memenangi perlumbaan semalam kerana dia berjaya cucuk Murali di garisan penamat”. Kekanda  Alam turut cucuk Murali di jarak 5km membuatkannya kehabisan gas di akhir perlumbaan.  Perkara ini pula membantu Jasni dalam aspek tektikal. Cucuk adalah sama dengan memintas. Juga dalam race pun ada ketika “cuba nak cucuk” tapi kantoi.  Istilah “pacer” adalah buddy yang mengiringi runners. Sering kali dalam long distance race , pacer digunakan untuk mengumpan peserta lain atau menambah kelajuan kepada pelari  favourite.

Dalam kamus dewan cucuk bermakna satu benda tajam dapat menembusi satu kawasan lembut seperti kain, suntikan, pensil menembusi kertas dan lain2….ha ha yang lain2 punyer cucuk tidak disenarai. Nah…contoh ini kalau dikaitkan dengan race maknanya si A kuat staminanya maka dia memotong/cucuk si B. Disebabkan perkataan memotong/memintas tak berapa ngam dan penyebutannya panjang maka dia orang gunakan “cucuk” sahaja. Kalau perlumbaan track jarak dekat seperti 100, 200, 400m perkataan cucuk ini mungkin tak sesuai kerana runners berlepas terlampau laju tak sempat nak acah-mengacah anatara satu sama lain dan adegan cucuk mencucuk tidak boleh berlaku. Juga dalam perlumbaan lari – perkataan tercucuk tidak boleh dipakai kerana ter….membawa makna tidak disengajakan. Boleh ke, aku tak sengaja menang semalam walaupun tak treneng/berletih dua minggu.

Ha yang ini satu laei contoh ayat:  Kalau Jasni tak dapat cucuk semua pesaingnya dalam CAR family run pada 18 April nanti memang dia melepas nak dapat lukisan potret figure Haille yang akan ku lukis dan sumbangkan kepada race tu nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: