HABIS GAS…

Apa da FTAAA clicthe buat cross country naik bukit mencanak…balun la kat dalam semak ke harung sungai kat Ulu Yam ke atau gi gasak kat padang lembu UPM – kan bagus. Itu hari Solomaon x-trail run dah buat kat tempat yang sama, ni buat lagi. Kalau Solomon dah buat kenapa kau ulang lagi buat kat situ. Pening2 dia orang buat kat Lake Garden. Bayar sampai 3o hinggit medal kecik (besar sikit dari siling 50 sen). Sponsor milo & power bagi. Meehon keras kuih karipap bingka ubi dalam bekas polystrene. Isotonic drink pun tak ade. Air meneral pun bubuh dalam cawan. Pegawai punyer la ramai, satu batalion datang. Check point marshal macam lok lak, kita tanya lagi berapa K – tak leh nak jawab. Sorang minah Kenya dah tersesat, sorang pun tak mau nak nolong nyer. Walau apa pun keluhan hatiku jangan lah ko FTAAA merasa hati…korang dah memang camgitu, nak buat camne.

Sepatutnya dedulu Bkt. Kiara ni sejuk bila subuh atau sebelum fajar menyinsing tapi hari ini wa rasa cam panas….warm-up sekejab dah berpeluh. Begitulah perubahan cuaca akibat kerakusan manusia. Race hari ini dimulakakan pada pukul 8.00 pagi, lewat dari jadual asal iaitu 7.30 pagi dengan dimulai pelepasan kategori men open. Selalunya diaorang fanctual tapi kali ni leh terlewt pulak…apa yang dia orang tunggu, wa pun tak tau. Kategori junior veteran mula kul 8.16 pagi maka aku pun merempit dengan pace 5 minit mengililingi taman yang laluan nya mendatar. Apabila masuk kedalam hutan Kiara maka laluan hilly pun menjelma dan menempuhnya sehingga jarak 4k kemudian turun berbaki 2k. Laluannya terdapat batu2 besar dan kekadang terjumpa laluan mata air serta akar2 kayu  yang perlu kita berwaspada. Takut tersangkut kaki – nahas beb. Member yang cucuk aku tadi, hanya senyuman sahaja yang ku beri kerana wa sememangnya dah kehabisan gas – apa nak wat. Tahniah pada korang. Cross country hari ini wa tamatkan dengan masa ngam2: 60 minit dengan position 34. Pehh betul2 wa abis gas ari ni.

4 Responses to “HABIS GAS…”

  1. june Says:

    gas habis pun u still cross the finish line, way to go , congrats🙂

  2. rlans Says:

    TQ Kak June…ikan di laut asam di darat dalam periuk gas pulak abis…he he he

  3. Zulgaleh Says:

    Lu memang berbakat laa beb… tabik sama lu… huhuu

  4. izumi Says:

    setuju FTAA buat event tah aper2…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: