JAMBU LA LU…JAMBU

Jambu air atau nama saintifiknya Syzygium aqueum, merupakan tumbuhan dalam famili Myrtaceae dan tumbuhan asal di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pokoknya malar hijau dan tumbuh di kawasan tropika. Ia sering ditanam manusia bagi mendapatkan buahnya yang boleh dimakan begitu sahaja atau dengan dicicah dengan kicap campur cili padi cam petis…pehhh sodap. Ape hal tetiba je ku story pasal buah2an pulak hari ini? He he wa tanya wa jawab…leh esen kalau ari2 camgini – Sebatang pokok jambu telah wa tanam dekat depan umah dan sedang berbuah dengan banyaknya. Jadi sesiapa yang melintas dan ingin memetik wa punyer jambu wa tak marah….lu petik la wa kasi halal.

Benih pokok jambu ni wa beli dekat Tangkak 4 tahun yang lalu bersama dengan wa punyer Abang. Masa tu benih pokok tu bergayut dengan 4 biji buah seperti macam kok bonsai adanya. Wa rasa teruja sangat mau membelinya kerana buahnyer bergayut cantik. Malangnya setelah wa tanam selama 2 tahun dia tak berbuah2.  Perasaan hatiku keluh kesah dan ingin menamatkan riwayatnya dengan sebilah parang. Perkara ini terjadi kerana semut telah menyerang dan membuat sarang di atasnya tetapi wa adjust wa punya fikiran supaya tidak menebangnya. Pak Cik pasar belakang umah wa telah menyelamatkan pokok ini dengan menyuruh wa membubuh baja buah. Setelah wa bubuh baja lebih kurang 5 bulan…pokok jambu ini telah berbuah lebat. Betul nasihat Pakcik tu….he he he nanti dia ranum  wa bagi lu sikit. He he he bila wa pulang wa kasi tegur jambu la lu….. jambu. Kalau kaum mau kasi rembat, lu petik dari luar pagar – jangan masuk borderline.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: