SAMPAN

Sampan di mana kau sampan…tersadai di bawah rumah menunggu lapok. Wa punyer tok nenek dulu memang guna sampan coz mana ada jalan raya macam sekarang. Kemewahan hidup diukur dari jenis sampan…kalau sampan besar maknanya oghang tu kaya la… tapi kalu sampan kecil oghang tu…miskin. Kalau tak ada sampan langsung faham2 je lah. Sekarang serupa mcm motokar la – ada merc, bmw, tiara, kancil dan berpuluh jenis lagi serta berjuta2 motokar2 dok ada yang membuatkan bumi sentiasa diselubungi karbon monoksida…..lapisan ozon semakin menipis.

Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Mereka akan berdagang ke kawasan2 lain menggunakan sampan dan rakit seterusnya menghilir ke muara2 sungai yang besar. Mereka akan menjual barangan mereka kepada pedagang2 di muara2 sungai tersebut. Pembukaan kampung dan penempatan baru banyak bergantung kepada aliran sungai dan laut. Selalunya pengkalan yang cantik muka buminya akan diteroka menjadi kawasan kediaman. Apa2 peristiwa atau benda yang dilihat terus sahaja dijadikan nama sebagai nama kampung yang dibuka itu. Kalu dia orang nampak buah jambu lebat maka kampung tu dinamakan kampung jambu lebat…ade ke.

Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah sampan atau perahu. Masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah2 pedalaman dan kaedah perikanan. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Wa rindu sama sampan….aku mahu ke seberang. Seorang menunggu di sanun.

Menghormati sajak “aku mahu ke seberang”

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan, Aku hanya mahu ke seberang

KARYA: Prof Dr Hashim Yaacob

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: