BERSENAM LAH DI PAGI HARI

senaman-pagiHari ini kan mula kan hidup baru…sang suriakan menjadi saksi – lirik lagu alleycat. Bermula seperti “memaksa diri” bersenam di waktu ketika mentari belum mengeluarkan sinarnya penting kerana:

(1) Senaman pagi mengerakkan metabolisma (kemampuan membakar lemak/kalori)

(2) Senaman pagi menyebabkan kita lebih bertenaga dan bersemangat sepanjang hari kerana kita berjaya melakukan sesuatu yang baik terhadap diri kita sendiri awal-awal lagi!
*Kajian mengatakan, senaman itu boleh meningkatkan, produktiviti/kepantasan kita bekerja sebanyak 14%!

(3) Kajian ada mengatakan bahawa senaman akan meningkatkan daya IQ kita dan kebaikan ini berkekalan sehingga 10 jam selepas senaman! Maknanya, kalau kita bersenam bermula jam 7 pagi, otak kita lebih cerdas sehingga jam 5 ptg!

(4) Senaman pada pagi hari akan membantu mengawal selera makan kita sepanjang hari! Ini adalah kerana semasa bersenam, badan kita akan merembeskan endorphin yang akan membantu mengawal selera makan. Jadi kita akan makan apa yang perlu sahaja dan tiadalah lemak kita semakin tebal seperti spare tyre.🙂

(5) Senaman pagi yang konsisten, akan membentuk minda dan badan kita untuk bangun secara berdisiplin. Maknanya, kita jadi mudah untuk bangun pagilah. Ini kerana apabila kita cuba sedaya upaya untuk bangun pada waktu yang sama, sistem endokrin dan irama circadian kita akan terbiasa dengan tabiat yang kita bentuk. Badan kita mula belajar. Ini bagus kerana badan kita tidak confuse dengan perubahan masa bangun yang ketara dan ini akan membantu kita bangun pagi tanpa jam loceng!

Hormon-hormon badan kita akan merembes untuk menyediakan badan kita untuk senaman, menstabilkan tekanan darah, degupan jantung dan aliran darah kepada otot.

Metabolisma badan dan hormon-hormon yang terlibat dalam proses senaman akan mula meningkat aktivitinya semasa kita tidur lagi, ini kemudian akan membuatkan kita lebih bertenaga dan “alert” untuk memulakan senaman apabila kita mula membuka mata/terjaga dari tidur!

Kesimpulannya kita, senaman pada waktu pagi ni sangat baik berbanding waktu-waktu lain.

– Cuaca sejuk pada pagi hari membuatkan senaman lebih selesa
– Mood biasanya lebih baik pada pagi hari kerana kita belum lagi berdepan dengan rintangan dunia
– Jika senaman di luar, matahari belum lagi mengeluarkan sinar yang berbahaya untuk kulit

* lukisan saya bertajuk rengangan pagi dan rujukan: myenthusiasts.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: