TERINGAT “BUNGA MAWAR”

Bukan cintan la beb…cuma teringat lagu dari Kumpulan “The Mercy’s” menyanyi lagu “bunga mawar”. Apa kehe nya aku teringat lagu ni. Jawapannya sesekali memang kita akn terkenang kisah lama kerana dari lagu mengimbau kisah yang terjadi di waktu dulu. Lagu ini berkumandang di radio pada sekitar tahun 70 an dan awal 80 an yang mana ketika itu wa berada di zaman persekolahan lagi. Memang banyak kisah tidak dapat di rekodkan tentang sesuatu perkara yang terjadi dulu namun tetiba bila terdengar lagu in,  kisah itu menjelma pula. Berbalik kisah The Mercy’s, merupakan salah satu band terhebat di sepanjang masa. Mereka terdiri dari lima anak muda yang berambut gondrong, yakni Erwin Harahap (melody/vokal), Rinto Harahap (bass/lead vokal), Reynold Panggabean (drum/lead vokal), Rizal Arsyad (rhytem/vokal), dan Iskandar alias Bun (keyboard/vokal). Mereka berasal dari Indonesia serta berkiblat dengan band-band pesta di Jakarta, seperti, Noor Bersaudara, Ceking, Cruss dan Medinas.

Ditubuhkan semenjak tahun 1969 di kota Medan, Sumatra Utara dianggotai oleh sekelompok anak muda yang berasal dari satu daerah yang mempunyai satu visi yang sama ketika kehangatan band The Beatles, Bee Gees, The Holys, C.C.R mahupun Monkeys.  Dalam bahasa Prancis Mercy’s ertinya kasihan, boleh atau terima kasih. Ramai sungguh peminatnya sehingga merayap ke Malaysia. Juga mendapat tawaran membuat pertunjukan di Singapura, Bangkok dan Jepun. Namun mereka gagal di sana dan hanya meneruskan persembahan di Kota Jakarta sahaja. Mereka di ibaratkan mata air yang mengalir menembus dan menjangkau relung hati masyarakat muzik Indonesia, Singapura dan Malaysia. Mereka juga mampu mengaliri dengan kesejukan lantunan lagu-lagunya tentang nostalgia, sehingga amat bermakna bagi banyak orang. Rujukan: sonorika.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: