BAHU KU KEMBANG

Aku sudah jarang berlari – setiap pagi aku berenang lebih kurang 30 minit. Boya line ialah penanda garisan timbul di permukaan kolam atau garisan pimisah di antara pelumba renang bila race di adakan. Selalu aku akan melakukan laps melebar sejauh 25 meter. Disebabkan di pasang satu boya line di lorong pertama kolam maka jarak renangan ku hanya sejauh 20 meter sahaja. Hari ini dalam sejarah kerana aku melakukan renangan sejauh 100 laps x 20 bersama “Din Rescue”. Inilah jarak yang paling jauh wa pernah berenang. Jika aku sengsorang mungkin aku hanya berenang 30 – 40 laps sahaja tetapi disebabkan ada teman maka motivasi ku bangkit untuk gi lebih jauh lagi. Masa yang diambil ialah 50 minit iaitu sejauh lebih kurang 2km. Bahu aku sudah menjadi besar dan aku sudah tidak ngam untuk berlari lagi kerana badan aku sudah kembang. Spare tyre sudah kelihatan di pinggang. Juga wa sesaja check timing untuk 100m dan keputusannya hanya 52 saat. Kalau dibandingkan dengan rekod dunia yang dibuat oleh Alain Bernard seperti air terjun Niagara tinggi diatas, air terjun Templar Park rendah di bawah. Alain melakukan 47.50 saat pada 13 Mac 2008 di Eindhoven, Netherlands.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: