TAK SENGAJA NAIK PODIUM: 3 GOLD

Hari ini Sabtu (8 Mei 2010) wa nak podium 3 kali dalam temasya olahraga tahunan Staff Universiti Malaya. Besar jadi johan: teringat iklan milo. Jika penyertaan ini melibatkan oang luar – kim salam jelah aku nak naik podium. Acara pertama 800m veteran dapat emas (2:49s), 1500 juga emas (6:25s) dan 4×400 (5:03s). Masa yang wa wat pun hanya layak dipanggil geli2 run je.  Terjadinya kisah wa dapat emas ni kerana 2 hero dalam kategoriku tidak dapat bersama kerana injured semasa main netball. Pehal dia org main netball – wa pun pelik. Netball tu kan game oang pompuan. Lutut dia orang spoil tapi tak lah sampai maniskus tear seperti yang ku alami 20 tahun lepas. Aku kira energy yang aku guna sebagai peserta dan manager untuk Olahraga Staf UM ni sama seperti masuk 18km run iaitu:

1) Sebagai pengurus pasukan wa kena mengawasi pendaftaran dan kerenah peserta (3k)

2) Wa angkat isotonic drink, mineral water, coolman box, ais dan buah2an dari kete ke tempat peserta (3k)

3) Borak/protes dengan pegawai pertandingan, sesama athlit dan kengkawan (2k)

4) Warm-up + 800m (5k) munkin lebih, kemaruk first even

5) Warm-up + 1500m (6k) mungkin kurang, run geli2

6) Speed giler + 4x400m (3k) mungkin lebih coz nak tolong team

7) Peserta injured, berlari mendapatkannya dan usung dengan stracher (2k) mungkin lebih Junaidah punya pasal.

Berkira betul aku ni…memang la, badan dah legam kena panas membakar dari pagi sampai petang. Termasuk mental dan fizikal digunakan mungkin kalori yang dah dibakar akan lebih banyak lagi. Syukur pada tuhan tidak mengalami injury terutama pada acara relay. Akhirnya pasukan Zon 7 berjaya membolot 7 emas 5 perak 4 gangsa dan mendapat rangking ke tiga dari lapan zon yang bertanding. Tahiah kpd Dr. Wong Ngan Ling kerana menjadi seperti iron lady dengan 3 emas 1 perak. Juga congrats kpd wa punyer sahabat Fendi Tamar maintain emas acara 5 ribu meter. Many thanks to Prof. Teh – fully supports the team. Pn. azni membantu tugas2 wa sebagai pengurus. Juga TQ kpd Adnan Asmadi sebagai jurulatih merangkap tukang cari peserta. Peserta2 terlibat terutam pendatang baru. Jangan serik pupuk semangat dan motivasi supaya cinta kepada olahraga dengan motto “anda rajin treneng look mancho and cute“. Terimakasih daun keladi. Gambau pun tak sempat nak ambik…busy. Berjumpa lagi ditahun hadapan, entah boleh entah tidak aku berlari lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: