MEMALUKAN

Sukan yang wa minat selain dari run ialah Badminton.  Peristiwa semalam mengukapkan perkataan “MEMALUKAN!” yang kuar daripada mulut ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky. Menyifatkan permainan Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif selepas kena 15-21, 12-21 kepada beregu kedua Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno. Malah, Rexy turut menyelar tindakan Fairuz yang tidak dapat mengawal perasaan dan terikut-ikut dengan provokasi penonton hingga mahu meluru ke arah penonton sebelum dihalang dan ditenangkan ketua jurulatih beregu itu. Apa kes korang, semua pakar ada kat dalam team – kaunseling, saikologi, pemakanan, saintifik itu ini…pehal beb buat perangai macam ini.

Lee Chong Wei membuka langkah dengan mengalahkan Kenichi Togo 21-12, 21-13. Selepas Chong Wei memberi mata pertama, giliran beregu pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberikan mata kedua dengan menewaskan Niroyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-13. Syabas kepada anda bertiga tetapi detik malang tiba bila
perseorangan veteran, Choong Hann tunduk kepada Sho Sasaki 17-21, 18-21 lantas membolehkan Jepun merapatkan jurang. Harapan kepada Fairuzizuan-Zakry untuk memberi mata kemenangan juga tidak kesampaian apabila pasangan itu menyajikan persembahan buruk yang menimbulkan keraguan mengenai kenapa mereka terpilih menganggotai skuad Piala Thomas. Mereka tewas 15-21, 12-21 dalam 27 minit kepada Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno untuk kedudukan terikat 2-2. Hafiz pula kecundang kepada Shoji Sato 10-21, 21-14, 18-21. Malaysia kalah 3-2, selepas ini akan bertemu Denmark di peringkat suku akhir. Kalau kalah memang bungkus. Hadir sama sebagai penonton ialah Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

2 Responses to “MEMALUKAN”

  1. Haza Says:

    Sabar. KR, sabar…

  2. Amin Says:

    Apa2 hal tahniah kepada Chong Wei & bergu pertama Malaysia.

    Selepas kita tengok cara & mutu permainan Chong Wei, jelas nampak cara & mutu permainan single kedua & ketiga kita amat jauh berbeza. Cara Chong Wei nampak profesional tapi single yang lain nampak masih lagi ditakuk lama (cara budak sekolah bersukan)

    Tapi apa yang amat memalukan sikap kebudak2kan 2nd double kita yang tak tahan di boo oleh peminat & terus nak meluru kearah peminat. Apa ni bro?? Apa yang saya tahu sitiap kali latihan selalu diperkatakan “ketahanan mental”, kalau macam ni tahan apa? pemain tu dah mental mungkin. Malu je pada pemain luar negara. MALU!!!!

    Harap2 malam ni pemain tersebut tak diturunkan dan saya yakin kita boleh atasi Denmark.

    Malaysia boleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: