MALAYSIA MENANG

Sir George Alan Thomas (England, 14 Jun 1881 – 23 Julai 1972)

Presiden IBF ini sudah tiada lagi tetapi namanya sentiasa terpahat atau disebut bila perlawanan ini diadakan pada setiap dua tahun sekali. Thomas cup sempena namanya dan dia juga yang menyumbangkan piala tersebut pada tahun 1939. Pasukan Malaysia telah memenangi piala ini sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955. 1967 dan akhir sekali pada tahun 1992. Permainan ini memang dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia melalui sokongan mereka di stadium atau menonton TV di rumah. Kerajaan telah memberi lebih tumpuan dan sokongan pada permainan ini. Tidak ketinggalan juga kemelut politik membadai pengurusan pasukan Badminton ini sejak sekian lama. Tan Sri Elyas Omar adalah presiden BAM paling cool dan telah membawa Msia memperolehi kejayaan menjulang Thomas cup pada tahun 1992, juga semasa era kegemilangan keluarga Sidek.

Thomas cup edisi 2010, peringkat suku akhir malam tadi dimenangi oleh Malaysia dengan menumpaskan Denmark 3 – 2 dengan Hafidz Hashim menjadi hero setelah Msia terikat dengan kedududkan 2-2. Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dengan mavelos sekali bersesuaian dengan world 1st ranking yang dimilikinya. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga cemerlang setelah menang ke atas Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19 tetapi Wong Choong Hann pula dikalahkan oleh  Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21. Debaran mula terasa bila Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How pula kalah ditangan  Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21. Kesukaan kepada rakyat Msia setelah mengalami kedukaan  pada malam semalam diubati oleh Muhd Hafiz Hashim dengan kemenangan bergaya keatas Joachim Persson 21-12, 21-10. Pasukan kita akan bertemu China pada hari Jumaat pada peringkat separuh akhir. Sangat berat rasanya untuk menembusi atau memanjat “the great wall” ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: