EKIDEN DATANG LAGI

Tahun lepas Ekiden Run diadakan pada 4 Oktober 2009 dan hari ini pada edisi yang ke lima, 16 Mei 2010 pula. Sudah hampir setahun berlalu, begitu pantas rasanya masa berlalu. Sekali lagi aku diizinkan Tuhan untuk menyertai acara ini….Alhamdulillah – coz tidak mengalami apa2 injury ketika sedang merempit. Wa risau kalau terjadi injury sure member2 akan menjangkit sama. Ekiden ni berasal dari acara lumba relay yang dimulakan pada 1917 dipelopori oleh syarikat surat khabar yang bernama  Yomiuri Shimbun. Sejarahnya bermula apabila satu perlumbaan selama 3 hari berturut-turut di antara Bandar Kyoto(old) dan Tokyo (modern) sejauh 508 km. Race relay ini telah berkembang ke merata tempat termasuk di Australia, New Zealand, Canada, Spain, Belanda, China, German, France, USA, Korea, Malaysia dll. Perkataan Ekiden bermakna “station” dan  “transmit”.

Acara hari ini sangat meriah kerana menarik penglibatan 1,028 pasukan. Group Chap ayam menghantar 8 pasukan dengan nama – Ayam Toad, Ayam Jelingan Ayu, Ayam Mancho Jelita, Ayam Harapan, Ayam Metropolitan, Ayam Klok Klok, Ayam Ben10 dan Ayam Jagoan, nama saja suka2 tidak ada kaitan kepada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Wa berada dalam grup “Ayam Jelingan Ayu” bersama dengan Imam (3rd), Naz (1st), Fazli (4th) dan Imran (last runner) dan aku pelari ke dua. Berlari dengan membawa handset – itu tanda berlari tak berapa serius dengan beg dipinggang bergoncang2. Hanya run untuk seronak2 / hv a fun babes. Bila wa terima selempang daripada Naz – hanya satu sahaja yang wa fikir iaitu mesti sampai dengan pace 5 minit per 1k dan mengelak dari injury. Itu sahaja yang kuharapkan. Hari yang panas dan lupa membawa spek hitam melindungi mata dari silauan cahaya matahari membuatkan ku jadi panik takut pancit sebelum sampai. Pada masa itu jam menunjukkan pukul 8.40 pagi, dan aku pun berlari mendapatkan Imam. Setelah sampai masa yang ku buat ialah 13:29.21 saat dan maknanya pace wa jadi bawah 5 minit. Memang tak sangka kerana aku sudah memang jarang training dan banyak swimming dari run. Sungguh seronok larian hari ini. Ranking “Ayam Jelingan Ayu” ialah nombor 26 dengan catatan masa 1:10.oos. Imran paling laju sekali. Tahniah kepada team. Selepas run grup AJK Chap Ayam mengadakan jamuan kesyukuran sempena CAR run yang lalu di restoran Saba, Cyber Jaya. Jamuan telah disponser oleh sahabat Imam Blues. Terima kasih kepadanya, semoga murah rezeki diberkati Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: