COLOUR OF MALAYSIA 2010

Colour of Malaysia/Citrawarna 2010 adalah satu pertunjukan perarakan, tarian dan nyanyian dari kepelbagain tradisi berbilang kaum Masyarakat Malaysia. Diadakan pada setiap tahun anjuran Kementerian Kesenian & Warisan Malaysia. Tujuan mempertontonkan kepada dunia tentang keistimewaan yang ada di sini dan sekali gus boleh menarik pelancong melawat Malaysia. Malam tadi aku pergi kerana sudah lama tidak melihat dari dekat event yang gemilang ini. Bangunan SAS memang klasik dan amat ngam mengadakan event ini juka di bandingkan dengan Putra Jaya. Muzik back up dari Pak Ngah production memang best, anak wa pun turut mengambil bahagian mewakili sekolah zon Petaling. Aku datang dengan berbekal senapang kontot 5400 coolpix dan tidak upaya untuk menembak imej yang jauh2. Walau apa pun aku amat berpuas hati dgn senapang kontot ku tetapi tak boleh masuk ke tempat yang stratejik untuk menembak imej kerana Abang Rela, Polis, FRU dan urusetia membuat sekatan dan mengawal keadaan demi melicinkan pesembahan. Isteri aku hanya dok menyaksikan di rumah sahaja dengan tebesyen LCD Panasonic vierra 37″ lagi berbaloi dari menempoh manusia yang ratusan ribu jumlahnya. RTM (TV2) membuat lintas langsung dari sana. RTM sudah bersiap siaga dengan  HD imej untuk persaingan dengan stetesen TV lain dan juga untuk persediaan live telecast FIFA world cup 2010. Paling penting kalau RTM ialah media kerajaan pasti gitu, mesti mau canggih. Lenkali wa nak boh nama la kat gambo tu, mcm trade mark kengkawan lain…tetingkap ramlan/windows of ramlan/menembak imej/ramlan foto tak mau – klise…apa nama best ni…ha ha ha dalam tempoh percubaan. Gambo lain ada kat FB….(tarok dalam)







Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: