SALUTE – THUMBS UP

Ultramarathon adalah satu acara larian yang melibatkan jarak lebih panjang dari tradisi asal maraton iaitu 42,195 kilometer (26,2188 batu).  Jarak yang paling umum adalah 60 dan 100 kilometer (atau 31.07 dan 62.14 batu). Jarak “100 kilometer” merupakan sebuah acara rasmi IAAF.  Banyak negara di seluruh dunia telah mengadakan event ultra running ini melalui organisasi mereka sendiri. Setiap tahun lebih 70.000 orang telah menamatkan larian ultra marathon di seluruh dunia. Singapura mengadakan ultra marathon dengan jarak sejauh 84 km yang dipanggil Sundown marathon. Berlari ketika matahari akan terbenam. Ramai kengkawan dari CARs telah mengambil bahagian dan selamat melakukannya. Tahniah kepada mereka kerana dapat mengharung kesengsaraan untuk menamatkan perlumbaan terutama ketika 20k terakhir. Tidak semua orang boleh melakukannya, hanya mereka yang handal dan mempunyai pengalaman sahaja dapat menamatkan larian ini. Kalau aku masuk gerenti balik naik bas atau singgah rehat minum teh kat mana2 pot atau rest sejam dua. Habis jauh aku pernah run sejauh 21k dulu kat Putra Jaya Night Marathon, itu pun kena cramp masa km ke 14. Ini jarak 84 km – jangan main2, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan nak di duga. Mesti kena naik bot besar pakai pukat tunda. Jumlan perbatuan atau kadar mileage training mesti kena banyak untuk join acara marathon ini. Kalau race ini diadakan kat tempat sejuk seperti di Eropah misalnya, mungkin ada sedikit perbezaannya. Sebabnya cuaca lebih nyaman dan Minah cung pun ramai juga dan boleh kasi inject motivasi. Sambil tu meh saksikan video Anton Krupicka Ultra Marathon Runner – pemberi inspirasi terus berlari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: