KISAH BESKAL

Naik beskal kena pakai suar yang dipanggil padded tights dan duduk di atas saddles (tempat duduk beskal). Kalu tak pakai – pitam beb – kecundang la lu punyer tulang bontot.   Petang tadi entah mcm mana dengan tetiba suar aku tersangkut kat saddles masa nak turun. Selepas tersangkut calf (betis) aku tertikam pulak oleh mat pedal. Kenal mat pedal. Adoi injured la aku, muscle kat bhg situ dah luka agaknya. Sekarang ni tengah dok tuam ngan ais. Kecederaan pertama dalam babak kayuh jom kayuh. Napelah kau tak turun slow2 ikut frame tengah. Ni beskal meng race la bukan bawak beskal kat kampung bawak buah kelapa..he he he hancus. Menyetop beskal tak ikut hukum – tu la dia. Ini sampai bila la pulak betis aku nak recover balik. Baru je mileage 20-30 k dah injured. Jangan la hendaknyer beskal ni jadi perhiasan – kerana cintaku lebih pada beskal tua. Dulu keluarga ku hidup sederhana (Basikal Tua) seperti lagu arwah Sudirman Hj. Arshad. Artwork atas ku hasilkan pada tahun 2003, kini ada tergantung dlm wa punyer umah. Gambar tingkap simbolik ibu ku menunggu aku pulang setelah mencari kayu. Kayu digunakan untuk memasak makanan. Dulu susah wooo mana ada dapor gas, hatta minyak tanah pun tak ada. Peristiwa ni dalam tahun 1973 kut semasa tu wa dalam darjah 3. Sedih wa terkonangkan arwah emak wa. Bila ku tatap lukisan ni hati ku kekadang hiba dok peristiwa dedulu.

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

2 Responses to “KISAH BESKAL”

  1. ida Says:

    cantik betul la art work kr! ada bisnes ke?
    mmm.. kr takleh lari lagi ek? lutut ek? mmm.. naik basikal pun best gak!
    semoga kr cepat sembuh n nain kali lombat jauh skit bila nak turun😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: