SG. BESI TERINGAT B.O.A.C.

Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dijadikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ‘Greater KL’ seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan, menurut sumber dari Menteri Pertahanan – kawasan itu akan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta dan pelabur asing. Perjanjian telah ditandatangani dua minggu lepas membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah. Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini dan diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama Malaysia) pada 1 Ogos 1956. Mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30-an.

Wa pernah join run 10k semasa sambutan hari TUDM kat sana, best woo run kat landasan yang panjang tu. Hati ku juga sedih satu tempat yang lapang saujana mata memandang dan satu tempat bersejarah akan lenyap tidak lama lagi. Bila aku melalui Seremban Highway selalu sahaja aku menoleh tempat ini untuk memerhati flight atau helicopter landing atau take off….suka tengok la….suka, suka-suka.

Rujukan: BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: