PD Jalan Ketapi

Port Dickson adalh berasal dari Mamat yang sure tak bersunat bernama Sir John Frederick Dickson – dia ni setiausaha kepada pentadbiran Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Amboi setiausaha sahajaa dah memungkinkan namanya terpahat di Pantai yang indah ini. Besar betul pengaruh si Mamat ni. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari tempat ini mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjungnya pula  sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Roti John (gambau atas)  terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang British. Pembangunan yang rancak dan pelabuhan yang penting pada ketika itu maka satu landasan ketapi  telah di bina.  Amat penting kerana landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan. Perhubungan di antara Tanjung ke Sungai Ujong (Seremban) amat perlu dan mustahak. Landasan ini juga membolehkan hasil ekonomi  dijana dgn lebih berkesan dan yang paling penting Mamat penjajah tu dapat lah menjarah/merampok hasil bumi Tanah Melayu untuk di bawa ke England dengan lebih senang lagi. Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan dirasmikan oleh (Mamat gambau atas). Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga telah menukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia malah seluruh dunia.

Kini jalan keretapi tu masih ada tetapi sudah tidak digunakan lagi dan hanya semak samun sahaja yang menjalar di sepanjang landasan nya. Semalam aku singgah dan mengkagumi landasan ini. Aku terbayang lokomatif membawa hasil perdagangan dari Tanjung mejerubus jauh ke Sg Ujong. Sebuah extension box tertera nama WB & S CO LTB, London, England – mungkin syarikat yang membina railway ini…sangat menarik sekali. Mat Gian tolong la jangan curi besi ini coz ni adalah bahan sejarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: