KU HANYA SPARA MARATON

Aku ni ada mempunyai simpton psikologi bila mana kalau ada race – malamnya tak boleh tido. Lama dah perkara ni berlaku tetapi ni dah jadi kebiasaan pulak. Perkara ini terjadi lagi pada hari ini dimana sebelah malam aku hanya tido2 ayam dalam 2 jam. KL Maraton yang aku join ialah kategori separa maraton sejauh 21k. Weight aku hari ini 79kg, malam tak tido dan masa yang ku catat ialah 2 jam 16 minit. Mana mungkin aku boleh buat below dua jam blader. Impossible tetapi kekadang impossible is nothing. Sible tak sible yang penting bak kata si Runnaz “penyertaan diutamakan pencapaian belakang kira”.

Pelari Kenya Nelson Kirwa Rotich memenangi Standard Chartered KL Marathon 2010 hari ini dengan rekod kejohanan 2:16.44 saat dalam suasana jalan yang basah bila hujan turun dengan lebatnya sewaktu flag off. Bayangkanlah bagaimana kalau aku race dgn Mamat Kenya ni?… Jawapannya ialah 21k aku akan kena sayor. Rekod lama dipegang oleh Julius Kilimo Kipkorir 2:17.2s juga dari Kenya. Tempat kedua dan ketiga juga dirembat oleh Pelari Kenya bila mana Lilan Kennedy Kiproo & Luka Kipkemboi Chelimo tiba di garisan penamat dengan memasing mencatatat masa 2:16.55s & 2:16.56s. Pehhh, cayalah amat rapat dan happening semasa di finishing line tadi. Rotich, yang juga tempat ke dua pada tahun lepas menerima hadiah USD17,500 (RM56,753). Kiproo & Chelimo memasing membolot USD8,000 (RM25,944) & USD5,000 (16,215). Kesemua hadiah yang disediakan ialah sebanyak USD100,000 (RM350,00) dan seramai 16,500 pelari telah menyertainya. Datin Seri Rosmah Mansor telah menyampaikan hadiah2 kepada pemenang. Sunguh gemilang dan syok rasanya larian hari ini – kaler pol berbaloi-baloi cuma satu je spoil iaitu tempat simpan beg. Berjam-jam beratur baris tunggu turn nak ambik beg. Patut dia oang asing kanlah setiap kategori – jgn campur adukan, kan dah susah nak cari. Gambar atas (bernama) johan setiap kategori iaitu Antarabangsa dan Malaysia.

2 Responses to “KU HANYA SPARA MARATON”

  1. bukan chap ayam Says:

    oi ketua reban.. salam… kena bagi salam dulu..
    hang ni nama ja ketua reban tapi reban hang dah hanoq dah tu…
    bwahahahahaha… apa punya ketua reban da….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: