PACEMAKER aku

Pacemaker ialah pelari yang mengiringi pelari disebelahnya untuk mengekalkan kelajuan atau strateji untuk memenangi perlumbaan. Boleh juga dipanggil dummy kerana pacemaker mengumpan atau mencocok pelari2 lain demi memastikan buddy nya memperoleh kemenangan. Amat popular dalam acara larian jarak sederhana dan jauh baik di atas track atau jalan. Dalam acara sprint 100m, 200m dan 400m pm tidak perlu kerana runner berlepas seperti peluru tidak menoleh kiri dan kanan lagi. Pada tahun 1954, Roger Bannister berhasil memecahkan rekod dunia larian sebatu dalam masa bawah empat minit bilamana Chris Chataway Brasher menjadi pacemaker kepada beliau tetapi sebaliknya dalam acara 1500 meter di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Steve Ovett tidak mengikut pacemakernya Bislett dan akhirnya dia tewas kepada rakan senegaranya iaitu Sebastian Coe. Kaedah ini juga amat berkesan digunakan dalam road race atau long distance run. Contohnya dengan bantuan pm juga Haile Gebrselassie dapat memecahkan rekod dunia acara maraton pada bulan Sept, 2008 di Berllin dengan masa 2:03:59. Disetiap kali acara maraton di seluruh dunia pacemaker sudah menjadi popular seperti yang berlaku di KL Maraton pada tahun ini. Penganjur memberi slot kepada para pacemaking dengan kelayakan peribadi masing2. Mereka yang berupaya membuat 5 jam, 4 jam dan 3 jam boleh mengikut pacer masing2 dengan tanda belon terikat di belakang pacemaker tersebut. Pacemaker aku pada Ahad lepas hancusss kerana pecah janji. Dah cantik pace pada jarak 10k then hilang laju kedepan melajak dengan seorang awek. Bila awek tu tak larat, maka aku over take dia dalam km13 serta bertanya mana gi nyer pm tu then dia kata “laju sangat tak boleh nak ikut”. Tetiba ku lihat dia buat fatlek pulak main speed work masa kat jalan Tun Razak, pehh bukan main stylo tumit “kick the butt”. Bib pm di belakang vest juga ditanggalkan….issh apa kena pm aku ni. Rupa2nyer runners lain tanya sama dia – mana u punyer pacer? Itu pasal dia kasi tanggal itu bib. Ha ha ha pm lari sengsorang. Apo kone ko jang. Aku akhirnya merapati pm aku ni pada km 19 iaitu 2k lagi baki perlumbaan tetapi dah tak boleh wat pepe coz nasi dah jadi bubur. Punah planning aku nak buat sub 2 hours 21k KLM lepas. PM aku ni boikot aku ke atau tak puas hati – upah teh tarik ngan roti banjir ke pace aku slow sangat momentum dia hilang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: