LAYAN “UDA DAN DARA”

Petang tadi aku layan teater di IB (Istana Budaya) bersama kelurga. Lama dah aku tak ke sana coz aku kemaruk lebih pada running semenjak dua menjak nih. Tajuk teater ialah Uda dan Dara iaitu sebuah kisah percintaan yang bertunjangkan kemelayuan. Aku oang melayu dan teater ini harus di beri sokongan. Kalau anda oang melayu yang rindukan kisah desa dulu2 silalah menonton. Jika sedang menyembang kisah cinta hebat oang melayu harus dirujuk pada kisah “Uda dan Dara”. Oang Inggeris merujuk pada Romeo & Juliet. Hindustan paling ngam cooi ialah filem Bobby. Istimewa nya karya Usman awang ni ialah hero nya mati dipenghujung cerita. Berlawanan dgn happy ending yang selalu terdapat dalam cite hindi.

Uda dan Dara mengisahkan cinta tragis anak petani, Uda yang dilamun cinta dengan gadis dari golongan berada iaitu Dara. Suasana hidup di kampung yang aman penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun. Naskhah ulung karya Sasterawan Negara, Datuk Dr Usman Awang pada 1972 dan ia adalah karya muzikal pertama di Malaysia yang dipentaskan ketika itu. Tanggungjawab digalas Rahim sebagai pengarah teater ini bukan asing lagi kerana sudah beberapa kali menangani kerja pengarahan muzikal itu sejak kali pertama pada 1972.

Bermula dengan puisi Gadis Di Kuburan pada 1954, ceritanya berkembang menjadi cerpen, drama televisyen dan seterusnya drama pentas. Kini, selepas 38 tahun, Uda dan Dara terbitan UA Enterprises Sdn ini menemui penonton buat julung kali di pentas bertaraf dunia di Istana Budaya bagi mengisi Slot Sasterawan Negara. Pementasan teater muzikal Uda dan Dara akan terus dipentaskan di Panggung Sari, IB sehingga 20 Julai ini bermula pukul 8.30 malam.

Bagi mereka yang berminat, boleh dapatkan tiket-tiket yang berharga RM35, RM70, RM105, RM140, RM170 dan RM190 yang semakin laris dijual. Persembahan dulu didokong oleh kekuatan lakonan tetapi kali ini dihebatkan pula oleh bantuan teknologi. Peh set, lighting ngan prop mantap beb. Ni lirik lagu “Uda dan Dara” nyayian asal P. Ramlee & Saloma. Kepada kengkawan yang tengah angau mengangau amat digalakan menonton. Bercinta cara melayu jangan terikut2 ngan oang lain.

Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi

Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: