KU PETIK BINTANG2

Pada tahun 1982 ketika itu aku berada dalam tingkatan tiga, lagu nyanyian Kenny Remy dan Martin ini amat popular.  Sering sahaja dinyanyi oleh semua orang. Istimewa nya 3 jejaka trio berkumpulan yang berbangsa cina yang pertama telah dapat menyanyi lagu melayu dengan baik dan diterima oleh semua oang melayu. Memang sepatutnya aku perlu mengingati semula lagu ini. Aku juga teringat kepada Prof. Hashim Yaacob menggunakan perkataan “memetik bintang2” sebagai motto perasmian sempena 100 tahun UM pada tahun 2005. Memetik bintang2 adalah satu inovasi dan harapan sahaja tetapi ianya penuh dengan simbolik dan philioshopy. Seharusnya kita memetik bintang2 untuk memperolehi kejayaan. Memetik bintang2 juga membawa makna berusaha dengan gigih dan cemerlang umpama bintang yang bersinar setelah menyedari kejayaan atau kebolehan memang akan dimiliki. Kita hanya perlu memetiknya sahaja.

Ku Petik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: