PETTIGREW MENINGGAL

Aku suka pelari2 US melibatkan acara relay 4x400m kerana persembahan mereka yang begitu mantap. Mereka juga adalah pemegang rekod dunia. Semalam telah menerima berita sedih bilamana  Antonio Pettigrew seorang dari US relay team era 80/90 telah meningal dunia. Pettigrew telah ditemui mati pada umur 42, di kerusi belakang kereta, berhampiran rumahnya di Chatham County, North Carolina. Polis mengatakan tidak ada situasi mencurigakan berkaitan jenayah tentang kematiannya. Pettigrew adalah meninggalkan seorang isteri, Cassandra, dan anak lelaki, Antonio jnr. Antonio Pettigrew lahir pada 3 November 1967 dan  meninggal 10 Januari 2010

Peristiwa penting mengingati mendiang ialah semasa United Kingdom mengalahkan  US dalam kejohanan olahraga dunia di Tokyo pada tahun 1991 bila Akabusi sebagai anchor  (UK) telah memintas Pettigrew dengan hanya lima satu per seratus saat dalam 4x400m final. Akabusi datang dari belakang dengan jangkauan kaki yang panjang melebihi Pettigrew untuk memenangi emas. Walau begitu beliau memenangi emas dalam acara 400m individu dgn masa 44.57s

Lahir di Macon, Georgia, Pettigrew – menjadi terkenal ketika sebagai mahasiswa untuk St Augustine’s College, di Raleigh, North Carolina, dan lulus pada tahun 1992. Namun prestasi besar kerjaya olahraganya tercemar bila ia mengaku bahawa dia mengambil ubat eritropoietin untuk meningkatkan prestasi – dikenali sebagai EPO – ketika dia sedang dilatih oleh Trevor Graham semasa persiapan sukan Olimpik Sydney 2000. Pettigrew memberi keterangan di mahkamah pada tahun 2008. Pelatih lain yang terlibat sanma ialah Marion Jones dan Tim Montgomery, bersama-sama juga dengan banyak nama terkemuka yang lain. Trevor Graham didapati bersalah dan dilarang dari membimbing pasukan Track AS, sementara banyak atlet yang dihadapi penjara, larangan dan tindakan retrospektif dimana mereka kehilangan pingat. Namun mendiang tiadak pula didapati bersalah tentang perkara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: