KISAH BELON UDARA

Kapal belon panas yang diisi hydrogen yang dipanggil (Jerman LZ 129 Hindenburg) telah terbakar pada Kamis, 6 Mei 1937, semasa nak berlabuh atau mendarat di Lakehurst Naval Air Station, New Jersey, US. Dari 97 penumpang di dalamnya, 35 orang meninggal dunia di samping satu kematian ketika di tanah. Bencana ini telah menjadi subjek utama kepada semua media ketika itu – sehinggakan pelbagai sepukulasi timbul tentang trajedi ini. Juruhebah  radio Herbert Morrison sampai menangis dan tidak mampu bercakap ketika membuat lintas langsung pendaratan kapal ini. Penyebab kebakaran tidak diketahui walaupun pelbagai teori telah diajukan termasuk litar pintas, punca bahan bakar dan sabotaj. Kemalangan ini juga menandakan era struktur belon panas sebagai medium pengangkutan udara telah berakhir. Juga tamparan hebat kepada Nazi (Hietler) bersama kegilaannya menguasai dunia dengan menunjukk-nunjuk struktur terapung hebat ini. Setelah malapetaka Hietler hanya menyifatkan kejadian ini sebagai kehendak alam sahaja. Akhirnya pesawat besi juga diterima pakai sehingga sekarang. Belon panas amat tidak praktikal.

Ku kisahkan perkara ini adalah kerana – baru sahaja aku selesai menonton cannel 412 tentang kisah kapal belon ini. Digarap oleh Robert Wish keluaran Universal (1975), ketika filem ini dibuat, aku baru dalam darjah 4 dan aku langsung tak pernah menuntun pun filem ini sehinggalah pagi tadi secara tak sengaja ia muncul ditebesyen  ch 412  dgn tiba2 tanpa dirancang. Macam best pulak, terus sahaja wa melanggok sehingga habis. Sebenarnya banyak filem2 epik yang bagus keluaran Hollywood yang masih belum ku tengok. Ikut dalam filem tadi dia orang pasang bom kat pocket tepi belon – tapi entah betul entah tidak – tak tau la den. Suka wa tepek kat sini percakapan Herbert Morrison ketika membuat lintas langsung ketika kejadian malapetaka ini. Sape yang baca blog aku ni, meh la kita tengok – saja sesuka untuk mengisi waktu di bulan posa ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: