PUASA YANG KE 6

Semasa azan berkumandang aku masih di jalanraya. Aku pulang lambat kerana harus menyelesaikan kelas seni lukis cat air yang selesai pada 7.30 ptg pada setiap hari Isnin. Namun pada bulan puasa kelas telah di tamatkan awal 15 minit untuk aku dan pelajar boleh balik cepat untuk berbuka puasa. Hari ini hujan membuatlkan bandar PJ basah dengan mood yang hening tetapi aliran trafik begitu menyesakkan. Kesesakan ini diisi dengan azan di radio dan ayat al quran membuatkan fikiran ku menjadi tenang. Sesekali melayang mengenang kisah lampau ketika dulu bersama keluaraga,  kawan2 dan Ibu bapa yang sudah tiada lagi.

Sampai di rumah anak dan isteri sudah mula menjamah makanan dan aku pun join lah sekali dengan masakan bee hon putih, kuih karipap, sambal tumis semalam, sayur, kari tulang, air mata kucing, air sirap anggor, nasi dan kurma. Hidangan aku semestinya ada neslo (milo+nescafe) dan quaker oat. Hari ini aku tidak ke bazar ramadan maka rugilah peniaga kat sana kehilangan seorang pelanggan iaitu aku. Inilah nikmat hidup berkeluarga. Bulan Ramadan merapatkan hubungan kekeluargaan. Jangan biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja. Bergembiralah.

Selesai Magrib aku bertolak ke Masjid untuk sembahyang terawikh. Selalu aku mengerjakan 8 rakaat dan 3 witir sahaja. Masjid Bulat adalah nama gelaran masjid ini kerana bentuknya bulat. Sebelum bulan ramadan tempoh hari, perbelanjaan 80 ribu dikeluarkan untuk mendinginkan sedikit haba panas dalam masjid ini. Tingkap cermin semua dipasang tinted pantulan matahari, jumlah aircon ditambah dan di atas bumbung masjid dipasang pula corong pengairan udara. Juga buat pertama kali, tahun ini  disediakan air zam2 untuk jemaah menghilangkan dahaga. More juga disediakan, untuk hari ini ku lihat ada apam, kuih sarmosa, rambutan dan air teh serta air sarsi. Juga ku lihat Ramli MS pun turut menjamah hidangan. Hari ini aku tidak menjamah kuih tersebut kerana aku takut perut aku ketat kerana aku ada tujuan iaitu mau merempit sejauh 7k. Ketika ini jam 10.15 mlm, aku tak kuar2 lagi…..dah balik genap 7k (40m). Ralat: hari ini puasa ke enam bukan ke 9.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: