CUH API – BOOOM

Dah maein meriam buluh ke? Dulu kita masa umur 12/13 tahun, masa2 cenggini dah mula stat nak cuh api kat lubang buluh tu. Ala-ala Vic Morrow/Sarjan Saunders dalam filem Combat. Kelakarnya cite Kombat tu tak pakai meriam tapi dia oang banyak guna mesingan. Setiap malm Khamis kat TV – he he he dulu TV ada dua siaran je, tak leh tukau2 channel. Remote pun tarak/monochrome – tak perlu rebut2 remot. Kalau nak tukau channel gi tekan button kat body TV tu, kalu nak maein jahat – pangkah kaki kawan tu. Aura cerita perang kat tebesyen tu memang kasi suntik semangat nak maein perang2. Kasi layan beb.

Pehh, best oo masuk hutan cari buluh untuk dibuat meriam.  Cari buluh pun kena cari otai coz dia org yang pakar. Parang (alat memotong daa) dia org pun tajam dan boleh tebang buluh dgn mudah. Ketika merium sudah siap sedia dengan kabaid dan air maka operasi menembak pun dimulakan. Selalu nya sebelah malam la. Dapt cucuh lubang buluh dgn api pun jadilah. Pastu tutup tinga ngan tangan – lari pulak tu.  Kalau meletup kaw kaw – hati kami gembira seronok tak terkira. Kadang2 terbubuh air lebih ke dalam lubang buluh menjadikan bunyinya slow, macam bunyi kentot peuw. Hampa kalau bunyi macam tu. Kadang2 gema meriam ni terdengau jauh sampai kat kampung sebelah dan yang best tu dia oang balas balik dengan bunyi yang lebih mantap. Sampai la ke pagi – gedebang gedebung. Nak buat pojek pun terganggu.

Wa rasa la, ketika ini memang ramai anak2 kecil semasa sama usia aku dulu tidak jumpa benda cenggini kerana peredaran zaman membataskannya. Suasana mukabumi di desa2 sudah berubah. Dulu belakang rumah aku – asalnya ada sungai yang mana kita boleh mudik ke laut guna sampan. Selepas itu sungai itu menjadi cetek, tak tau entah mengapa. Maka pohon2 nipah pun tumbuh lah di tebing2 sungai itu dan lama-kelamaan terus sahaja nipah itu menutupi keseluruhan sungai. Pohon nipah digunakan untuk membuat atap. Aku membesar bersama pohon nipah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masa beredar lagi – pohon kelapa sawit telah mula ditanam dan glamour se glamour nyer untuk mengantikan pohon nipah yang sudah terkulai layu. Demi untuk ekonomi oang2 kampung2 maka jahanam lah pohon2 indah nipah bersama buah kabung yang enak dimakan. Lepas itu yang paling tak best ialah kelapa sawit telah digantikan dengan projek perumahan. Kuang ajau tul la. Projek perumahan dibuat oleh pemaju dengan pembahagian 7/3 kepada pemilik tanah tersebut. Paling akhir tanah telah bertukar milik kepada pemaju. Tuan tanah goyang kaki dapat 3 rumah, pemaju kuar modal dapat 7 rumah. Fikir-fikirkanlah. Balik kampung sakit pale tengok benda2 cengini. Meh layan Combat Intro ni, sudah 35 tahun oooo. Lama beb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: