BROGA

Ini ayat wall post dan poster dalm fb oleh Suhaimi Sulaiman advertised mengajak kawan2 join acara bukak puasa kat Bkit Broga, Semenyih. Jom kawan2…beriadah sambil berbuka beramai ramai…siapa2 yang free jom follow, yang tak free bagi free gak…ok???….*tolong sebar sebarkan ye…tenkiu! Yang dah confirm :- 1.aku, 2. cikbunge, 3.chef ruby, 4. ijal, 5. dell, 6.luvis, 7. bro zas, 8.KR (sifu), 9. kawan KR, 10. Kak ida, 11. Anak kak ida 1, 12. Anak kak ida 2. 13. anak kak ida 3 14. Kawan luvis 1 15. Kawan luvis 2.

Sabtu lepas, bersamaan  dengan 11 Ramadan 1431h, wa join lah ikut dia org naik keatas Bukit ni untuk tujuan nak merasa bukak  puasa tempat lain dari yang lain. Broga bukan di Tanah seberang ya, ianya hanya di sempadan Semenyih dan Kajang sahaja. Sampai di kaki Bukit pada pukul 4.15 petang. Routin harian ditukar dengan mengondong perkakasan berbuka puasa naik ke atas bukit. Tiada santai tiada manja, tiada hidangan yang enak2 seperti biasa jika di rumah atau di tempat2 yang semanja dengannya. Harus mendaki dan menempuh halangan menuju puncak. Kita mesti mengingat kepada mereka yang bekerja keras untuk mencari rezeki dalam bulan mulia ini. Betapa sukar nya seorang buruh binaan, betapa susahnya petani2 di ladang, betapa peritya buruh2 am  tetapi mereka tidak pernah mengeluh. Ingatkah para sahabat berperang dalam bulan Ramadan demi agama dan bangsa. Kita hanya sukar geli2 je jika dibanding dengan dia orang. Perjalanan naik hanya untuk mencari damai di hati, tiada tekanan tiada paksarela. Ikhlas hanya untuk mencari kelainan dan just for fun only. Berseronok dengan alam ciptaan Tuhan yang maha esa. Seharusnya juga kita menjadi gasar.

Sambil makan di penghujung senja, kita dapat menghayati keindahan alam sewaktu senja. Memang best semangat berkumpulan dalam keadaan lapar dahaga mengusung dapur dan makanan naik ke atas. Bila sampai sama2 pula menyucuk satay arnab, mengoreng cekodok, membakar kerang dan satay, membancuh air, mengambil gambar, mengemas dan membersih, bertukar2 fikiran, berborak2 dan banyak lah benda yang best2 kita lakukan kat atas tu. Terimakasih pada mereka (kengkawan) yang membawa makanan dan bersusah payah menyediakan juadah berbuka puasa di puncak Broga. Memori indah di Puncak Broga. Waktu berbuka puasa, memang jelas pandangan keindahannya dan suara azan sayup2 terdengar di bawah sana. Mungkin dari surau2 di sekitar Semenyih.

Ini movie maker memori naik broga, saja suka2 wa buat. Muzik backup “tanamera” seolah macam pelarian perang pulak – tak pe la belasah je, mana ada masa nak buat molek2…lenkali je lah.

2 Responses to “BROGA”

  1. ijam Says:

    alamak..bestnya kat broga ni…dengar cerita sunrise dgn sunset kat sana cantik utk fotografi, ye ke?
    rumah saya kat balakong, dekat je tp belum sampai kat sana lagi, ada apa lagi kat sana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: