REKOD DUNIA (800M)

Berlin, Jerman 22 Ogos 2010 – David Rudisha telah memecahkan rekod Dunia  dalam acara 800m dengan masa 1:41.09 di ISTAF 2010 – IAAF World Challenge. Hanya berumur 21 tahun dan masih lagi berpeluang menjadi pelari yang lebih hebat daripada Sebastian Coe, Joaquim croz dan lain2. Tidak pun menunjukkan  keletihan atau puncit pada garisan penamat – dia selamba sahaja. Seorang lagi pertama hitam selepas Usain Bolt. Pada Ahad lepas, maka leburlah rekod yang dibuat Wilson Kipketer yang juga dari Kenya yang dibuat pada 13 tahun yang lalu iaitu dengan catatan 1:41.11 semasa dilakukan di Jerman (Cologne). Kipteter adalah anak kelahiran Kenya juga tetapi telah berhijrah ke Denmark menjadi rakyat negara sana.

Rudisha tahu bahawa semalam adalah hari baginya. Dengan bantuan Sammy Tangui sebagai pacemakernya, telah berjaya mendorong melakukan  48.65 s pada 400m yang pertama dan terus memecut megekalkan rentak larian dan mementon dengan pace yang sama dan tekan minyak lagi pada 200m yang terakhir ke garisan penamat. Meninggalkan Boaz Lalang dan Abraham Kiplagat menduduki tempat kedua dan ketiga dengan masa 1:44.34 dan 1:44.49. Ketiga2nya dari Kenya. Naik podium, seluruh rakyat Kenya menjadi bangga. Di Kenya running adalah sukan utama, ada yang mengangap sebagai tuhan pun ada. Berlari itu agung bagi mereka. Ramai juga yang telah datang ke Malaysia untuk masuk bertanding di acara2 larian yang diadakan di sini membuatkan ramai yang tak puas hati. Jom saksikan kehebatan Rudisha ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: