DODOL

Ketika hari raya hamper tiba, dodol memang tidak boleh dilupakan. Dodol sejenis kuih tradisi turun kemurun yang mana sering kali dikaitkan dengan hari raya. Maknanya no raya no dodol. Sape pakai pendakap gigi tidak digalakkan ngunyah. Juga yang pakai gigi tiruan pun tak usah makan banyak. Susah nak buat dodol ni coz ambik masa selama 8/9 jam untuk dibereskan.  Aku pernah menolong arwah ibu membuat nya dengan langkah pertama menyediakan kayu api, memarut kelapa sehinggalah proses mengacau dodol. Peh lama betul mengacaunya – mata pun naik merah kena asap dari bahan bakar kayu api di bawah kuali tu.. bagi wa ianya amat baik untuk eksesais. Dodol ni kira makanan lazat la…..tapi mempunyai banyak kalori kerana adunan santan dan gulanya cukup banyak. Kuih ini popular di Asia amnya.  Di Indonesia dipanggil toofee, di Sri Lanka dan India disebut kalama mont. Dodol  dibuat dengan santan, jaggery, dan tepung beras. Bila sudah masak, ianya melekit, tebal dan manis. Dari awal sampai akhir proses memasak, dodol hendaklah dikacau terus-menerus dalam kuali besar. Jika berhenti sekejap semasa proses mengacaunya akan menyebabkan dodol hangus dan ini akan merosakkan rasa dan aroma. Air tangan yang bagus melihatkan dodol ini tidak melekat pada jari-jari anda ketika anda menyentuhnya. Hati yang ikhlas semasa membuatnya juga membuat dodol ini menjadi enak. Ada pelbagai versi dodol sedia ada dipelusok Nusantara contohnya Dodol sirsak, Dodol toye-koss-et, Dodol Betawi, Dodol apel malang, Dodol nangka, Dodol garut (Kelantan & Terengganu), Dodol ab-kir, Dodol Kandangan, Dodol Small-Kir, Dodol Tala dan ada nama2 lain yang digunakan di kampung2 pedalaman yang tidak direkodkan namanya. Bagi wa dodol paling best ialah apabila dibungkus dengan daun upih dan digantung pula di atas dapur kayu. Itu dulu la…sekarang mana ada. Sekarang kacau dodol guna mesin la, tak yah eksesais lagi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: