LARIAN PATRIOTIK

Malam tadi ialah Malam Kemerdekaan (30 Ogos 2010 bersamaan 20 Puasa), satu larian yang dipanggil “larian patriotik” sempenanya  telah diadakan di Padang Sultan Sulaiman, Klang. Dahulu tempat ini dipanggil Stadium Kota Raja. Sebuah Stadium besar di Negeri Selangor tetapi di robohkan kerana Satdium ini berhampiran dengan masjid dan kawasan Istana. Bunyi bising penyokong2 pasukan bolasepak tidak memungkinkan satdium ini ada disitu. Stadium Alam Shah berkapasiti 100 ribu penonton, di Shah Alam telah dibina untuk mengantikan Stadium ini. Semasa dahulu kira2 26 tahun yang lau, sempat aku menyaksikan perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Selangor di Stadium ini.

Malam tadi aku datang lagi dengan tujuan menyertai larian ini. Wa sangat happy berlari di waktu malam di bandar Klang ini. Kali pertama berlari malam di sini. Dulu aku pun berlari juga waktu cenggini tetapi berlari hanya mengejar bas  bila selesai menonton wayang gambar di panggung lido. Itu pun kira berlari tetapi tujuannya berbeza. Ketika dulu, inilah tempat paling nostalgia dengan seribu macam peristiwa….Klang ooo klang.

Semasa merempit dengan kaki ku yang hampir sezen ini dengan route larian melalui Masjid Sultan Sulaiman kelihatan jemaah2 masih belum habis bersembahyang terawikh –  maka terdengarlah salam, selawat dan doa memecahkan hening malam di situ. Larian sejauh 7km ini ku harungi dengan catatan masa 37:20s dengan rangking ke 27 dalam kategori junior veteran. Semasa berlari aku membawa bendera jalur gemilang tanda meraikan malam kemerdekaan ini dan menjulangnya dengan penuh bangga semasa hendak sampai ke garisan penamat. Ku buatkan sebuah suntingan video untuk hari bersejarah semalam. Satu Malaysia harus menyayangi antara satu sama lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: