MEMIKAT HATI (R.AZMI)

Terpanggil aku menulis tentang seorang insan seni di Malaysia yang amat sedap suaranya. Diantara lagu yang paling best dan patut aku layan ialah “memikat hati”. Lagu ini asalnya adalah dari lagu C’est a Capri (Isle of Capri) nyanyian Tino Rossi yang telah dirakamkan olehnya pada tahun 1934. Tak kisahlah dari mana lagu ini dicelok tetapi yang penting lontaran suaranya dalam lagu ini amat merdu dan sedap sekali. Seorang insan seni yang tiada tolok bandingnya. Beliau berasal dari darah keturunan diRaja Perak dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah dan dilahirkan pada tahun 1923. Membawa diri ke Singapura dengan meninggalkan kerabat diRaja yang lain untuk memilih hidup dalam bidang seni. Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee. Pernah dari Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal sahaja. Tengok tu naik beskal beb, betapa punya humble beliau. Bukan road bike bukan mtb kayuh pakai beskal raleigh je kut. Salute.

Awam mendung melanda dalam kehidupan R.A mulai melanda pada awal tahun 1960-an kerana namanya mula tenggelam. Kemungkinan irama 60an membadai bagai nak gila dengan asakan pengaruh rock dan the beatles yang telah membuatkan beliau merundum. Sedih memang sedih, seorang insan seni yang hebat terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Sila rujuk kepada Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin dengan lagu “Nasib Penyanyi” untuk melengkapkan gambaran itu. R.A meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor. Ketika disaat akhir kehidupannya, tiada anak isteri atau saudara mara disisinya. Hanya bakat dan susuk tubuh sahaja yang berada disampingnya. Begitulah nasib insan seni di Malaysia ini. P.Ramlee juga begitu. Dimanakah silapnya, wa pun tak boleh nak jawab, kang wa komen jatuh mengumpat pulak dibulan posa cenggini. Sering pembabitan lagenda/tokoh  dalam bidang seni tidak membawa apa2 erti sedangkan lagunya terus menjadi halua telinga yang amat menghiburkan itu.

Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.

Lagu MEMIKAT HATI

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che’ Mamat menjual padi
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che’ Mamat menjual padi

Cantiklah pun tidak sebagailah mana
Sudah tersemat di dalam hati

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan

Sungguhlah pun jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

Lagu/Nyanyian: R Azmi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: