TERMELUAT

First time wa nengok, heh apsal santa kalaus terbang – ni sudah kira murtad. Kalau gosok dgn lampu aladdin pun ada chance jugak kaver line. Nape la korang wat belaga angin….adoiiii, potong stim mood raya oang2 Islam Malaysia. Aku geleng kepala – macam mana iklan ni boleh terlepas. Masyuk ke korang nih. Walau begitu iklan raya tahun ini dari TV3 sudah ditarik balik, semalam semasa menonton bulletin utama menghebahkan perkara tersebut dengan ucapan mohon maaf kepada seluruh rakyat islam di Malaysia. Sudah ditarik balik namun meninggalakan kesan kepda semua. Niat hati untuk menerapkan nilai2 satu Malaysia dalam iklan ini kantoi sudah. Video iklan yang berkenaan yang tersebar luas di facebook, youtube dan blog sejak 2 hari lepas mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Pemuda Pas juga melalui tabloid harakah menghantar surat kepada pihak berkenaan tanda protes.

Imej beca terbang ala-santa claus jelas boleh mengelirukan penonton khususnya golongan kanak-kanak. Sekali imbas ia sudah kelihatan seperti iklan krismas bagi penganut agama kristian. Lebih mengejutkan, terdapat penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan.

Di peringkat awal iklan pula memaparkan penggunaan tulisan jawi secara terbalik menimbulkan persoalan apakah tujuan iklan ini dibuat di waktu umat Islam sedang berada pada kemuncak bulan Ramadhan.  Selain itu, “close up” di tayangan awal mendapati paparan sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok ‘seakan-akan’ pohon Krismas dikelilingi dengan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). Ia jelas menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini di samping boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mengelirukan golongan Non-muslim.

Sebuah produksi sebegini rupa yang digarap oleh tenaga kreatif professional tidak seharusnya berlaku. Macam ini ada lebih baik aku buat iklan raya untuk diri aku sendiri, lagi best dari sakit hati nengok mende cenggini. Malas aku nak tepek iklan ni kat sini. Nantikan kemunculan iklan raya dari aku untuk aku…back up muzik semestinya Datuk Ahmad Jais.

One Response to “TERMELUAT”

  1. kama Says:

    Komen oleh orang di youtube

    Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung… di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

    1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

    2.Buku – Bible

    3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

    4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

    5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

    6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

    7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

    Scene2 – Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

    1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

    2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

    3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

    4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

    5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

    Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

    1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

    2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE – Ketua Agama Kristian

    3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

    Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

    1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu. – yusrizan usop

    [Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: