SHR

Lagi 2 hari aku akan beraya kali yang ke 44. Diizinkan Tuhan sekali lagi aku menyambutnya pada tahun ini. Ayah dan Ibu kandung ku sudah tiada lagi di dunia ini dan aku akan pulang ke kampung Isteri. Semasa menyambut ramadan sebulan yang lalu telah ku ziarah pusara mereka.

Ingatan 30 tahun lepas – aku hanya mampu bersepatu jenis warrior sahaja ketika tiba hari gembira ini. Namun begitu kasut jenis ini ku pakai dengan gembira dan puas. Tidak pulak aku mengintai2 atau mengendeng sepatu dari jenis nike, adidas, puma, asics dan lain2 yang sekufu dengannya dari kengkawan lain.

Sepatu ini sudah tiada lagi dan hanya sebagai memori indah sahaja. Dulu kau lah pelapik kaki untuk main bola, gi sekoah, jalan2 dan berlari. Pendek kata, kemana sahaja aku memakainya.  Sungguh pelik aku mengingati kasut warrior ini. Mungkinkah ada cerita seribu cinta disebalik kisah kasut ini. Sebagai pengganti pengubat keluh kesah ku lantas ku beli sepatu beskal yang ada klip pada pedal pengganti kepada kasut itu. Warnanya seakan2 sama cuma harganya yang tak sama. Ku rekakan sekeping kad untuk kengkawan dari Chap Ayam Runners demi menyambut Hari Lebaran ini. Telah ku publish dalam FB. SELAMAT HARI RAYA – berlari demi kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: