SEMALAM DAN SABTU

Pagi Sabtu janji nak join double hill dgn Alam Shah tetiba demam pulak, kapla rasa macam tak selesa lantas setereng kete ku belok ke UM pool dengan Din Kolam dengan tujuan untuk ejas akau punya sistem body supaya mungkin boleh realise sikit aku punya fever nih. Harapan ku dgn membuat gerakan dalam air akan membuatkan aku pulih – lantas aku pun layan dalam 10 laps sahaja. Selesai swim aku ambik setin revive campur dengan air panas then aku gogok sampai licin. Mujarab ubat nih rupanya kerana sebelah petang aku ok stabil semula. Serasi kut entah lah, ada sesiapa kengkawan nak cuba try lah.

Turutan dari Sabtu, pada semalam (Ahad) pulak aku join bersama gang siput berangan buat lsd dari Bkt. Aman ke Hartamas iaitu 10km pegi (singgah minum di Petronas) kemudian patah balik sejauh 10k lagi dan kesemuanya km ialah 20k. Semasa berpatah balik wa sembang dengan Chip (Ahmad Fadzil iaitu hubby kpd Jaja)… sebab kan leka berborak tak sedar tetiba sampai je kat Bkt. Aman tapi pace nyer betul2 macam siput berangan – maybe 7minit perkm kut. Chip otai oang lama umurnya dah 58 thn tapi masih steady dan wa salute sama dia. Edisi siput berangan yang kekadang dia orang bertukar jadi arnab…laju dia orang.  Selesai di LG wa terjun ke Kolam pulak dan layan l5 laps bersama Din Kolam. Apabila naik ke atas, perut wa lapau bagai nak gila dan dalam keadaan macm hilang pedoman terus ke Amjal dan balun sepinggan nasi lemak, semangkuk beejub sup dan segelas horlick.

Pada sebelah malam wa berjumpa dgn kawan dari BTN dan bersembang pulak pasal masalah semasa yang secret dan umum…..adoi macam2 kisah hal semasa, patutkah aku kabarkan perkara ini pada kengkawan yang lain demi kesedaran pada diri memasing. Bagaimana caranya, untuk ku kabarkan kisah ini? Bila? Dimana?…sudikah dia orang hendak mendengarnya? adoii banyak tanda soal….

Hari ini aku dah pancit/weak/lemau…akibat dari edisi semalam. Petang tadi kelas water colour painting seperti biasa dan apabila tamat ngajo dia orang lukih2, lagi aku terjun masuk kolam dan layan 8 laps sahaja…kira macam mandi manda sahaja gitu….ialah macam itulah selalu teknik swim pun tak berapa nak betul lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: