DEMAM MALAM MINGGU

Teringat aku kisah pada tahun 1978 yang hari nya dan bulannya aku telah lupa tetapi panggungnya aku ingat iaitu panggung Kapitol, di Banting, Selangor – sekarang panggung ini yang dulunya memutarkan projektor 16mm film telah pun dijadikan hypermarket.

Sebuaha filem mengenai tarian yang bertajuk Saturday Night Fever. Dihasilkan pada tahun 1977 dibintangi John Travolta sebagai Tony Manero, seorang pemuda yang belum begitu dewasa, sering menghabiskan masa melawat disko2 sekitar Brooklyn dan bercita2 mahu menjadi penari. Bertemu pula ia kepada seseorang yang bernama Stephanie Mangano (Karen Lynn Gorney ) sebagai heroin dalam filem ini yang wataknya sebagai partner tarian kepada Tony.  Mereka berdua akhirnya menjadi kekasih menempuh liku2 hidup dalam pengkisahan bidang tarian moden ini.  Pasangan ini berjaya mengapai bintang dengan menjuarai pertandingan tarian yang diadakan di situ. Kisah realiti seorang penari yang mempunyai bakat  dan mancho menghadapi konflik dengan keluarga serta masyarakat sekelilingnya.

Filem ini begitu sukses dan telah mempopularkan muzik disco. Ramai anak muda ketika itu amat mengilainya. Pernah juga aku meniru2 gaya ala tarian ini ketika ada joget lambak majlkis perkahwinan di kampung ku dulu. Cucuk tangan atas dan bawah ha ha ha. Soundtrack Saturday Night Fever dengan lagu-lagu disko dibuat oleh kumpulan Bee Gees yang mana ketika itu mendapat sambutan yang begitu hangat dan penjualan album pemasaran terbaik sepanjang masa. Filem ini juga memperlihatkan aspek muzik, menari, budaya popular sekitarnya, subkultur era disko, melodi, gaya pakaian, jangkitan AIDS akibat hubungan seksual bebas dan koreografi yang amat mavelos.

Kisah asal filem ini berdasarkan pada sebuah rencana majalah New York 1976 oleh penulis Inggeris Nik Cohn, “Tribal Rites of New Saturday Night”. John Badham sebagai pengarah berjaya mengarap filem ini di layar perak dan membawa anak2 muda terkinja2 mengikut rentak disco. Jom kita mengigati semula kisah malam minggu ketika lama dahulu. Tiket harga 65 sen sahaja ketika itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: