SECEBIS KISAH (NEWTON RUN)

Azri: Pasangan Sejoli – Bagaikan Buah Rambutan di Belah dua. Rustam: Warga Emas melintas garisan penamat…..nasib baik tak tammat. Azri: hahahaa.. KR: Hari semlm dlm sejarah, singgah 7e baca paper. Rustam: Tunggu saya lama sangat tu baca paper d 7-11. Malu rasa saya…..KR: Hehe sy yg melencong dulu, nasib tuan ada kalu tidak singgah pulak mkn nasi lemak. – Ini dialog dlam FB antara 3 individu (Azri sebagai tukang pukul gambo, Rustam aka Presiden Pacesetter seiring menghabiskan  sisa 7k run newton bersama aku aka KR).

Apa yang aku kata diatas memang betul kerana aku memang dah mental untuk menghabiskan sisa perlumbaan semalam yang berbaki lagi 7k. Route berbukit ni baik untuk membina endurance kpd pelari2 muda tetapi tidak untuk aku…ooo tidak MEMANG TIDAK kerana semasa u turn di km 12 diperlumbaan itu, otak aku telah menerima signal dari calf, knee dan pinggang yang ada otot/tulang/urat ke yang sudah terpeleot/sakit/injured. Dari itu aku pun pun melencong ke 7 eleven untuk membeli 100 plus. Sambil minum dan berehat di situ  selama 5 minit aku membeli juga surat khabar  untuk tujuan boleh dibaca sambil berjalan menuju ke garisan penamat.

Setelah aku menyambung perjalanan menuju ke distinasi (finishing line) sambil membaca paper tetiba terdengar suara si Rustam menyapa aku dan terus sahaja aku menjadi pacer si  Rustam. Jika aku tidak bertemu Rustam, ada kemunginan besar aku akan singgah lagi dibeberapa tempat di sepanjang perjalanan yang ku tempoh bersama ratusan runners yang lain. Nasib baik ada Rustam, jika tidak mungkin 4 jam atau lebih akan aku sampai atau naik teksi sahaja aku balik ke pengkalan.

Surat khabar yang ku beli itu, telah ku sedekah kan kepada oang yang tengah bersarapan di warong kat tepi jalan kat situ.

Terpahat dalam sejarah kehidupanku menyertainya sebuah race sambil membaca surat kahabar. Juga aku singgah melihat kapal korek sedang mengorek sungai di situ. Juga aku memerhati elit2 runners berpatah balik dari seberang jalan. Juga aku bertepuk tangan memberi semangat supaya mereka lebih laju dan boleh membuat personal best. Juga aku sampai shoulder to shoulder bersama Rustam dengan mengangkat tangan tanda sampai di finishing line. Juga aku hanya tidur 2 jam sahaja pada malam sebelum race. Juga jarak paling jauh pernah aku berlari iaitu sejauh 25k. Juga aku menggunakan bib oang lain (Azri) dalam kategori senior sedangkan aku akan lima tahun lagi akan menyambut perayaan jubli emas kehidupan di dunia. Akhirnya juga inilah perlumbaan paling kantoi/kecewa yang pernah aku rasa. Penamat ayat mungkin aku tidak mahu mendesak/push diri aku untuk terlihat macam bagus sampai ke garisan penamat tetapi menderita memerah keringat. Mungkinkah di lenkali race aku akan jadi cenggini jugak. Mungkinkah jugak faktor penuaan sedang “on progress”. Walau apa pun – bersyukur alhamdulilah selamat sampai ke garisan penamat, “nasib baik tak tamat” (meminjam kata Rustam)

Juga Newton bukan Sir Isaac Newton (ahli fizik England) tetapi ianya hanya sebuah jenama produk sports activities dan bertindak sebagai co-sponser kepada triathlon malaysia yang selalu menganjur event2 sukan disini. Stokin yang dia beri sebagai goodies tu mahal harganya.

6 Responses to “SECEBIS KISAH (NEWTON RUN)”

  1. Yim Says:

    Tahniah bang. Memang mental route ni. Tapi apa pun, berjaya jugak mengatasainya. Usah risau, teruskan ngan treneng tu ya dan jangan pandang ke belakang ya🙂

  2. RaYzeef Says:

    Syabas KR, berjaya habiskan race yang mencabar (lebih mencabar dari Taiping Run). Cuaca Panas dan laluan bukit bukau menyukarkan ramai pelari, ada yg DNF dan ada juga pengsan…tahniah berjaya tamatkan Cabaran Newton:)

  3. Ziff Says:

    Tahniah Bang Ramlan. Saya yg baru nak masuk kategori junior vet ni pun habis kat belakang abg berdua. Respek! Jumpa di larian seterus nya Insyaallah.

  4. ijam Says:

    eh, ray…kau perli aku lagi….
    ye En Ramlan, saya pengsan…huhu…..
    tapi asalkan tamat larian sudah le…tahniah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: