BUKU

Dekat UK harganya cum 11.84 pound sampai kat sini jadi rm119.90. Tak kisah la tu, yg penting wa ada satu buku dari David Curtis.  Buku bertajuk painting with impact mempunyai banyak maklumat yang penting dan perlu wa ambik tahu. Isssh aku ni dah terbabas banyak join run/triathlete semenjak dua menjak ni – maka ada baiknya aku balik ke pangkal jalan untuk konsentrasi pada melukis pulak. Ye ler, bila dah treneng badan rasa ponat. Adoii…dibuang mati emak diambik mati bapak….konfius…..bila ni nak start serius balik nih.

David Curtis adalah ahli dari Royal Society of Marine Artis dan Royal Institute of oil painting. Seorang pelukis Inggeris yang paling berjaya dan terbaik yang pernah aku tahu. David memenangi hadiah pertama dalam Singer dan Friedlander/Sunday Times dalam pertandingan Cat Air pada tahun 1992, dan juga beliau telah banyak memenangi anugerah yang lain dalam kerjayanya sebagai pelukis. Walau pun dalam web benda cenggini wa boleh search dan save tapi memiliki sebuah bukunya adalah satu kepuasan – leh jugak wa bawak kemana2…ingat David Curtis terus ambik buku ni dan selak lembaranya – stail lama. Stail baru klik guna mouse dan taip di keyboard berdesup kuar. Konvensional ke nih…ooo tidak. Selamatkanlah industri percetakan dan buku.

Leave a comment